Thursday, April 10, 2008

Kenyataan Mohon Maaf

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memerangi kehadiran agensi-agensi pelajar (bukan pelajar) ke Mesir kerana keengganan mematuhi prosedur yang betul, selain daripada menyedarkan masyarakat Malaysia agar tidak tertipu dengan mereka setelah kes demi kes yang berlaku. Kami bimbang, implikasi yang diterima pelajar adalah sangat teruk pada masa hadapan bahana agensi pelajar ini.

Kami admin ingin meminta maaf terhadap post-post terdahulu yang melampau dan menjadi punca keadaan yang tidak keruan serta kekeruhan yang berlaku dalam masyarakat pelajar terutama sekali di Mansurah. Tiada sekelumit pun niat kami untuk memecah-belahkan kesatuan yang ada dan bermusuh dengan pihak pelajar terutamanya tahun satu. Kami tidak menyangka yang ini merupakan akibatnya.

Kami juga memohon ampun seikhlas-ikhlas dan harapnya kalian dapatlah memaafkan kami atas keterlanjuran kami. Kami tidak sanggup berhadapan dengan Tuhan Yang Maha Esa hanya kerana dosa kami terhadap banyak pihak.

Justeru, kami sangat-sangat memohon maaf kalian.

Kami juga telah mengubah dan membuang beberapa entry yang agak melampau dan menyentuh snsitiviti banyak pihak.

Teguran adalah sangat-sangat kami alu-alukan dan terima kasih buat pengunjung yang menyokong kami untuk menentang agensi (bukan pelajar).

Kami akan terus memblog dalam hal ini, tetapi atas perkara yang telah terjadi akan menjadi pengajaran buat kami. Kami akan mengubah aspek penyampaian kami di blog ini supaya kegiatan agensi di Mesir dapat dikekang pada masa akan datang untuk mengelakkan lebih ramai tertipu. Ini merupakan hadaf kami dan semoga kami lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Sekali lagi kami memohon maaf.

Selamat membaca.

23 comments:

Girl_Interrupted said...

okay,
this is what i want to hear
memerangi ejen yg menipu
bukan menyatakan kelayakan ssorg utk belajar
atau kebanjiran budak private di Mesir
memang
telah banyak kite dengar mengenai penipuan ejen2 nih
dan saya amat menyokong jika ini adalah visi utama blog nih
tahniah saya ucapkan
saya faham....
biasalah,
kite ingin menegakkan kebenaran
tetapi kite x sdr sama ada ia adalah bnr atau tdk
at least drpd incident nih
dptla kiter blajar smula
n btolkan mane yg silap
itulah gunenyer sejarah
manusia bangkit dr kesalahan lampau

zura said...

Assalamualaikum admin..

ko dah buat baru ko nak cuak?. ko da pecah belah idup senior n junior mansurah baru ko nak nyesal? ko pecah belahkan mansurah-cairo baru ko rase salah? ko dah bkk mate pade kaum bkn mlayu psl ni baru ko boleh pk? ko da burukkn name mansurah, ko dah buruk name manchester, buruk name pengurusi aku ijat kamal (bang ipo aku tuh). name mansurah buruk sampai masuk Tv3 SPM baru ko mengigil? dah ko puas fitnah sane sini baru ko rase nak tobat? ingt Allah.. gagagaga..(gelak serius) 2la.. len kali ko pk cerdik skit. okeh? pk pnjg skit. bende nie bole lalut satu dunia. bkn stakat tir'ah boleh pegi jauh ampai dirasat. kurang2 sampai mesia tul x? akai ada ka .......................??? org sibuk nk exam ko plk sbok nak pecah belah dak2 sini xle study.
meshi2.. maaf ko n pihak admin aku terime..tapi cam kurang sumthing je kan? heee.. pe kate ko publish kenyataan mohon maaf ko 2.. bia sampai cover satu dunia balik. ko bersihkan ape yang ko kotorkn ko bilas ape yang samar2. aku pon bkn suke sangat gmn 2. tapi pade2 la nak sound. sampai libat student lak. aku pon 'sejuk' gak. woi! bak datang kate2 maaf ko kat dak taun satu yang ko sebut2 2. zilfadhli ke.. sito ke. n ko mitak maap balik kat pengerusi ko 2 (ijat kamal) penat2 die satukan ukhuwah kite senior-junior. regular-manchester ko sedap2 pecah belahkan. ko ingt ni ape? jig saw puzzle ke hapew?? sorry beb. aku x reti nak berhikmah nie. so ko kire gentle r wat kenyataan mohon maaf. cume 'tokmiyah' skit r pasal identiti ko. wawawawawawa (gelak x bape serius dah) pape pon. gud luck exam bro..

salam..




p/s: tah pape jer admin nie

bdk uma c1 (hensem)

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sedikit peringatan kepada pihak admin...

saya petik kata2 dato' seri anwar ibrahim dalam satu ceramahnya, "saya, mudah saya maafkan, tapi belum tentu rakyat memaafkan kezaliman!"

its not so easy to forgive u like that...after everything u did...do u think they can forgive you with just a 'sorry' posting?

reveal ur identity! display ur picture! n say sorry to each of us! (especially GMNians and MMPians)

jika anda benar seorang lelaki...tunjukkan kelakian anda...jika benar anda rasa bertanggungjwb...tunjukkan tanggungjwb itu...jika anda benar mahu membantu...tunjukkan keikhlasan hati anda itu utk membantu...jika benar anda mahu menegakkan keadilan...beranikan diri anda...tunjukkan siapa diri anda...lantangkan suara anda...do something...bukan bekata2 di blog dengan identiti rahsia...salah sama sekali!

contoh,lihatlah bagaimana blogger2 parti pembangkang menegakkan keadilan mereka...mereka tidak merahsiakan identiti...ya mereka guna blog...hentam sini hentam sana...tetapi mereka reveal identiti mereka...mereka tidak takut...kerana bg mereka perjuangan mereka benar...so begitu juga kamu...jika kamu rasa kamu benar...jgn takut...tunjukkan identiti kamu...dan bersuaralah setinggi manapun...

diharap admin mengambil iktibar di atas apa yang berlaku, jgn cabar 'hooligans2' mansoura lagi, yes we have to use our brain, but sometimes we have to give 'penyepak 'as a lesson.

nway...dun forget to reveal ur identity...we r waiting for ur personal apologize...thank you...

sambungan kata2 dato' seri anwar ibrahim sebagai renungan, "ingat semangat saya lemah? ingat saya mudah diugut dan digempar? apa salah saya, dosa saya apa?"

p/s: petikan tiada kaitan dengan politik, hanya sebagai contoh semata-mata.

nfy said...

that is a noble reason for doing this blog..i admit that u got a point and hopefully this is not going to happen again :)

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

haha...senang nye...cam makan kacang!

hannahsahimi said...

assalamualaikum..

i hereby seek for forgiveness on the words that i've typed in the previous comment.i admit that i was too emotional when i wrote the comment and i was too naive to judge.

i didnt mean to cause a stir but i was indeed angry when you say that we are not qualified to pursue our studies in this field.

Above all,i am angry with your previous posts because it does not anger me alone,but the whole batch.
i do hope that you'll think twice before you type the next post as i will do try my best to think twice before i comment on your blog too.

Despite that,
i would also like to apologize to other readers if i did offend you with my comments or if i insulted you in any way.

again,the deepest apology is on me.

HafizAdam said...

laa da tuka alamat upenye..

perjuangan tuh biarlah kerana Allah bukan kerana Melayu bukan kerana pengiktirfan bukan kerana sesape..

insyaAllah diberkati..

buka hati, buka minda..

Anonymous said...

ceroj...gud luck xm...kami dtg ziarah x lama laie...tunggu yer...sory la menda x setel laie...x semudah yang disangkakan...

ezzad said...

good luck ceroj..aja2 fighting'!! hahaha dak cap.jom kt support ceroj.nnt kt ziarah die k?ak nk bwk raket squash skali. ^_^

Anonymous said...

wah dak jak...kemaen bespren ngan si ceroj...hahahhahaha...bagus jak bwk skali raket squasy...bukan ape...ringan2 tgn leh ajak men skali...hahaha....

ezzad said...

ko ni dak cap..jgn slh fhm..niat ak nk ajak die main skali.hahaha doa2knla die dpt jwb exam esk.hope so..tp berkat tu xtau le..redha org tu xtau le.dak yan da kompem da xredha smpai akhirat.hahah xleh bt pape la.heheh

Anonymous said...

haha...aisey ceroj...bler ler ko nak abes xm nie...penat la tunggu...nanti dah x power tgn aku nk bg pelempang...haha...cecpt sket abes yer...pastue trus rogger aku...trus aku sampai bersama angkatan hooligans mmp...haha

Anonymous said...

Assalamualaikum... Buat pengetahuan pembaca sekalian... Article ini saya ambil di www.globalmedicnetwork.blogspot.com

So Siapa yang berkesempatan, Silalah kita lawati blog ni... mungkin kita akan dapat second opinion... Saya tak menyebelahi maner2 pihak...

Fitnah Terhadap Duta

Saya terpanggil untuk menumpang menulis dalam blog ini kerana melihat berlakunya budaya fitnah menfitnah dikalangan pelajar Islam yang menuntut di Egypt. Ramai yang tidak tahu betapa besarnya peranan Duta Egypt untuk mendapatkan 700 tempat untuk pelajar-pelajar Islam yang menuntut dalam bidang Pengajian Perubatan/Pergigian di Egypt. Pada tahun 2005, hanya sekitar 52 pelajar sahaja yang diterima setahun untuk belajar di universiti-universiti di Egypt namun berkat kebijaksanaan dan kesedaran terhadap bangsa dan umat Islam, Kedutaan Malaysia berusaha memujuk universiti-universiti yang diiktiraf untuk menambah kuota kemasukan kepada pelajar Malaysia. Duta Malaysia terpaksa berjumpa berkali-kali untuk misi memujuk ini bagi setiap universiti dan bayangkan kesusahan yang beliau lalui untuk bertemu dengan 7 buah universiti. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan 700 tempat. Setelah mendapat tempat, beliau perlu memenuhi janjinya kepada universiti untuk menghantar seramai mungkin pelajar Islam kerana perlu ditegaskan bahawa universiti telah membuat persediaan bagi menyambut hasrat membantu Malaysia melahirkan profesional Islam dalam bidang perubatan. Untuk menerima lebih ramai pelajar Malaysia, universiti-universiti ini telah melabur sekian banyak peruntukan kewangan bagi menyediakan makmal, tenaga pengajar dan segala macam kemudahan. Cuba bayangkan jika janji Duta terhadap universiti ini tidak dapat ditunaikan.

Adalah mudah untuk kita menuduh Duta kita dengan pelbagai fitnah tetapi ramai yang tidak sedar betapa besarnya dosa yang dilakukan oleh mereka yang membuat fitnah ini di bumi anbia. Saya tidak dapat bayangkan dosa-dosa ini kerana membuat fitnah terhadap manusia yang begitu murni sifatnya samalah ibarat menfitnah ayah sendiri kerana peranan Duta lah yang membolehkan sebegitu ramai pelajar Islam mampu mengejar cita-cita menjadi seorang doktor. Saya percaya ramai di kalangan anda yang akan menjadi doktor pakar dalam 10 - 20 tahun akan datang. Semuanya bermula dengan insan yang difitnah ini tetapi kita bernasib baik kerana beliau cekal mengorak langkah untuk memajukan anak bangsanya. Beliau tidak pernah meminta walau satu sen pun dari mana-mana agensi tetapi fitnah yang beliau terima maha hebat. Hinanya manusia yang menfitnah beliau sesama Islam lebih-lebih lagi terhadap insan yang begitu berjasa tidak dapat saya gambarkan.

Perlu ditegaskan bahawa JPA, MARA dan agensi kerajaan negeri hanya berupaya menghantar sekitar 300 pelajar. Ini bermakna 400 tempat lagi perlu diisi dengan pelajar swasta. Kita harus bersyukur kerana berkat usaha perundingan dengan Universiti Mansoura, kadar yuran yang ditetapkan dapat diminimakan. Kadar yuran ini membuka peluang kepada anak-anak yang relatif kurang cemerlang tetapi memenuhi syarat kelulusan minima yang ditetapkan oleh Kabinet Malaysia seperti pekeliling tahun 2002. Tidak ramai yang mengetahui bahawa sekian banyak doktor perubatan bukan Islam yang dilatih di Indonesia, Ukraine, Russia dan India mempunyai kelayakan minima yang lebih buruk lagi. Data-data 10 tahun kebelakang boleh menjelaskan hal ini. Bayangkan rakyat Malaysia keturunan India yang hanya sekitar 7% menghantar bilangan pelajar perubatan lebih ramai ke India, Russia, Ukraine dan Indonesia berbanding dengan orang Islam Malaysia. Tidakkah usaha Duta sangat signifikan untuk meningkatkan doktor Islam yang kelak akan merawat anak bangsa sendiri?

Kepada semua anak bangsa yang mendapat manfaat dari insan yang begitu teruk difitnah ini, saya memohon supaya dilakukan solat hajat untuk memberi kesedaran kepada golongan yang menyebarkan fitnah supaya mereka insaf dan bersama-sama membantu Kedutaan Malaysia untuk memajukan anak bangsa. Saya telah meminta GMN mengaturkan Majlis Solat Hajat ini dalam lawatan mereka akan datang dan sama-samalah kita berdoa supaya Allah S.W.T menunjukkan jalan yang benar terhadap mereka yang menabur fitnah.

Untuk makluman semua, saya mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Duta kerana saya pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Hal-ehwal Pelajar KPT yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Penuntut Malaysia di Cairo. Saya merasa malu dan kesal apabila cerita bohong dan fitnah mula menjadi budaya pelajar Islam di Egypt. Sekiranya ada dikalangan agensi yang kurang berkesan, tegurlah agensi tersebut secara berhemah. Saya percaya mana-mana syarikat yang ingin berjaya akan mengambil berat terhadap teguran anda. Janganlah kerana sedikit kecelaruan teknikal, maka Duta difitnah sebegitu rupa dan usaha yang dirintis oleh beliau dimusnahkan.

Wassallam.

tell me da truth said...

biler bace comment ngn bacer pebende yg admin tulih kat blog nieh..ak jd dlm dilemma. ak memg pening coz kedua-dua pihak ada reason yg logik pd akal..maner satu betol nieh..betul ker sajer jer nk fitnah? ker gmn memg cekik darah orang.. so kowang tolong bgtaw ak. sebabnye gmn nie famous.. giler ramai student yg nk pg ngn gmn..ak x nk kengkawan ak menyesal n susah merangkak biawak biler deaowang pg mesir nanti..kalo gmn nie tak betol..nape kementerian pelajaran x amek tindakan? kenapa? kenape? jwb..mintak maap lar kalo ad yg teraser..ak nie x taw..so ak tnyer pd yg b'ilmu..

Anonymous said...

mengikut kate org KPT yg dtg ARMA harituh,kerajaan takleh nak amik tindakan kepada mana2 ajen (tak dituju kepada GMN shj) sbb belom ade akta yg membolehkan mereke diambil tindakan..maka,katenye kene tunggu parlimen bersidang dlu..tp,ade pulak yg bertanye kenapa tak dibuat je akta tu cepat2..jawapannye,sbb parlimen bukannye bersidang hari2 wahai rakan2..

aku yg turut konfius seperti anda..

Anonymous said...

salam alaykum,

saya menyokong sebenarnya hasrat empunya blog ini.

silapnya hanya satu...the issue had gone overboard. so diluting the core issue.

saya, sebagai mangsa GLOBAL MEDIC, merasakan kami TERTIPU. Not so much due to the HEFTY FEES (RM10,000)

(tak mahu cakaplah...bahasa Arab yg dicaj juga....katanya tahun ni caj nya naik RM900...utk belajar bahasa ARAB...huh!!)

TAPI>>>TAPI...
GLOBAL MEDIC telah juga MENIPU STUDY FEES students dibawah GLOBAL MEDIC.

FEES yang dikutip oleh GMN 4000pound UK. Fees sebenarnya hanya 3300 pound.

Kenapa sampai sekarang tidak dipulangkan baki 700pound UK tu sampai hari ini.

Mengapa tidak dinasihati kami untuk menyedia 'bank deraf' amount sebenar terus atas nama universiti.
mengapa perlu bank in kepada GMN?

Kami telah berkali2 memohon ehsan toke GMN memulangkan wang kami, tapi ada saja DALIH nya.

Kata mereka, nanti ada program kebajikan, kita guna duit tu.

Dear GMN, it's my parent hard earned money...sweat and tears...it does not comes easy ...

difference of 700pound x 7 =RM4900. banyak tuh...

Saya TIDAK sekali2 akan memerangi AGEN. Jika yang benar dan baik, akan saya sokong supaya, lebih ramai anak Muslim yang mengambil perubatan. Apatah, bila mereka sanggup datang dengan fulus sendiri, tanpa bergantung kepada kerajaan.

Banyak lagi agen diluar sana, mengapa ker Global Medic juga?

Ini menunjukkan orang Melayu sudah sedar dan sanggup berkorban untuk pendidikan.

Maaf, jika menyinggung mana2 hati.

Allau Alam bil sawab.

a2z said...

gan mee liong??bdk gmn ke??mcm xtepat je information.ke penyamaran admin menagih simpati.ttg yuran n kls bhs arab rs nye sume bdk gmn da jelas.

1) 700 pound sterling tue dah dijelskn oleh pihak gmn- akan dibawa ke pembayaran yuran tahun depan(2009). jd kitorg byr less than supposed. faham?

2) kelas bahasa arab - mmg gmn caj pun tp telah termasuk dalam pembayaran dahulu, dan bukan rm900.maknanya, takde pun bdk gmn yg kena byr semula utk kelas bhs arab univ!! pandai2 je. mu ada dokumen ke? main ckp je.


tobat-tobatlah.

Unknown said...

gan mee loeng....

Ko ni mmg la wayang dr penulis blog ni... jgnla nak menipu... Kita org budak GMN dah jelas tentang issue ni... aku rase ko ni memang ati tu busuk la... pastu cerita benda2 fitnah... memang duit yg 700 pound tu akan di bawak ke tahun depan... sebenarnya ada masalah dgn universiti... dulu mula2 kata 4000 pound... tp last2 harga jd kurang... Mmg idea nak pulang balik tu GMN nak buat... tp bapak aku ckp GMN tanya mcm mana samada nak bagi kat anak atau terus tolak yuran tahun depan... so Majlis Permuafakatan Ibubapa Pelajar Perubatan/Pergigian Mesir amik keputusan duit balance di byr pd universiti utk tolak yuran tahun depan... Kalau tak tahu issue, jgnla main cakap jer...suke jd BARUA penulis blog ni ker? Jgn nak amik tau masalah org... Yang penting kami di budak2 under GMN tak aper2 masalah dgn GMN... GMN very sincere bg aku.... Sudahla... ghentikanlah buat kerja2 keji ni... Aku tak pandai nak guna agama utk kepentingan peribadi.. Ni nama cina, tp siap alhamdulillah dan wallauhu a'lam lagi... ko jgn la jd pendengki

Unknown said...

Isk...isk...isk...

Naper la leong ni lembab... kalo ko budak GMN mesti dah tau dah solutionnyer... Ke ko ni kaki tidur? Saper yg nak complain2 pasal GMN ni? aku rase kami budak2 GMN tak complain... kalau ade masalah kecik2 mak ayah kita org direct la dgn GMN... apsal nak pakai org tengah pulak... tak mainla org tengah... biar GMN sendiri yg akan selesaikan masalah student2nye... yg ko ni leong nak jd hero pulak apsal? hehe... ke pasal abg2 staf GMN tu tak lantik ko jd ketua pelajar utk student2 GMN... ko marah kat staf GMN ke atau ko bengang dgn servis dia? Atau pun ko ni memang bukan student GMN? Ko menyamar yer? sudah2lah dengan taktik lapuk ni... ke ko ni budak usul? asyik nak mengusul jer... ko ni memang sadis la... isk...isk....isk...

Nowonetf said...

slm
sakit gigi asal dr pangkal nye kn?
admin, klu ko nk tulis smthing, fikir la dulu.
ko fikir la kalo ko di tempat/keadaan mereka.
mmg tak salah ko suarakan pendapat, tapi ada gak kaedah2 psychology yg bijak nye..
ko kne la tau perasaan glgn minority yg agak terdiskriminasikn..
ish ish ish..
takpe2, maafkan je la admin ni.
ubat segala hati adlh kemaafan yg ikhlas.. try r.
ak sokong korang sumer MMC walopn ak dak mara.
tak salah pon dtg sini nak carik ilmu.
iktiraf ke tak tu blakang cter la.
kte patut tolong mereka(MMC)..
k, gudluck xm sumer
bye
slm

Nowonetf said...

aha, lagi satu,
admin, ak tertarik dgn keyataan kamu mengenai duta.
harap boleh bagi bukti2(bukan khabar angin) yg boleh dipercayai..
thx a lot.
salam