Malaysian Medical Council (MMC) telah menggariskan empat faktor yang menyebabkan badan itu menarik balik pengiktirafan Crimea State University (CSMU);
- Kemasukan pelajar secara besar-besaran.
- Kemasukan pelajar aliran sastera dan secondary school dropouts.
- Tahap pencapaian Bahasa Inggeris yang lemah.
- Nisbah pengajar:pelajar ialah 1:10, bukan 1:4 mengikut standard yang ditetapkan MMC.
Petikan New Strait Times
“The sudden and drastic increase in the number of students inevitably may compromise the quality of medical education as far as teaching staff and other resources are concerned,” said the council’s president Datuk Dr Ismail Merican when announcing the decision to derecognise CSMU on June 16.
Kita tak mahu apa yang berlaku di Crimea State Medical University berulang di Mesir. Rujuk di sini (pastikan anda berlanggan dengan Malaysiakini).
Apa yang berlaku di (CSMU), pelajar-pelajar sastera dan yang gagal dalam SPM memohon melalui Kementerian Pendidikan (ketika itu). Peliknya, Kementerian telah memproses permohonan mereka ini secara vetting thru dan mengeluarkan 'Certificate of No-Objection’ untuk mereka ini menyambung pengajian dalam bidang perubatan di CSMU.
Kemudian, Malaysian Medical Council pula mendakwa penarikbalikan pengiktirafan CSMU adalah disebabkan institusi tersebut mengambil pelajar-pelajar daripada aliran sastera dan mereka yang gagal dalam SPM walhal mereka ini telah mendapat ‘restu’ daripada Kementerian Pendidikan. Tambah MMC, CSMU patut mengambil kira faktor standard dalam piawaian pengambilan pelajar ke Universiti tersebut.
Begitulah sikap kedua-dua kementerian yang berbeza yang tiada sinergi, tidak seperti mana yang masyarakat di luar sana fikir. Apa yang kita apat lihat, pelbagai kementerian berbuat kerja sesuka hati mereka berdasarkan kriteria masing-masing. JPA dengan kepala mereka, KPTM dengan kepala mereka dan MMC dengan kepala mereka.
Apa kaitannya dengan masyarakat India?
Disebabkan kesukaran masyarakat India memasuki bidang ini setelah saluran Matrikulasi ditutup dan hanya tinggal cara STPM, mereka hanya mempunyai satu jalan sahaja: agensi pendidikan. Namun, kini saluran itu telah ‘ditutup’ kerajaan dengan penarikbalikan pengiktirafan yang diberikan CSMU.
Datuk S Sothinathan (wakil parlimen Teluk Kemang 2004-2008) bertegang lidah dalam sesi parlimen dengan Timbalan Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berhubung penarikbalikan pengiktirafan ijazah perubatan dari CSMU oleh MMC. Dalam perdebatan tersebut, Dr Abdul Latiff berkata semua parti komponen Barisan Nasional telah menyetujui keputusan MMC kecuali Malaysian Indian Congress (MIC).
Marah dengan kenyataan Dr Abdul Latiff, Sothinathan bangun dan berkata, “Kami (MIC) adalah sebuah parti dalam kerajaan mewakili kaum India. Sudah menjadi tugas kami memperbetul apa yang salah sekiranya berlaku.”
Perdana Menteri pula berkata, sebagai anggota kerajaan (Sothinathan merupakan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap Setiausaha MIC), Sothinathan tidak patut lantang mengkritik kerajaan. Akibatnya, beliau telah digantung Parlimen selama tiga bulan.
Lim Kit Siang sewaktu perbahasan perkara tersebut turut mempersoalkan bahawa kenapa tempoh percubaan tidak diberikan sedangkan Universiti Malaya diberi notis tempoh percubaan selama lima tahun sebelum pengitirafan ijazah perubatan UM ditarik-balik oleh United Kingdom General Medical Council pada pertengahan tahun 80-an.
Pada hari kabinet menggantung pengiktirafan CSMU, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ‘tiada diskriminasi kaum.’ Menurutnya lagi, semua kaum - India, Cina dan Melayu yang blajar di CSMU turut terjejas ketika memberitahu wartawan selepas melawat Institut Integriti Negara, pada hari Rabu.
Abdullah berterima kasih kepada Najib kerana berjaya meredakan keadaan dengan mengeluarkan keputusan cabinet yang membawa kepada persetujuan Presiden MIC untuk terus membenarkan 247 pelajar lama di CSMU untuk kekal meneruskan pengajian. Datuk S Samy Vellu mengiyakan Abullah bahawa ‘tiada diskriminasi kaum berhubung hal ini.’
Mengapa Abdullah memberikan komen sedemikian? Jika dilihat secara kasar, memanglah perkara perkauman ini tidak timbul. Soalnya, isu perkauman ini timbul selepas ramai pelajar India terlibat dan parti yang membela mereka enggan menerima ketetapan MMC pada mulanya.
Akibatnya, Masyarakat India Akan Mempertikai Pengiktirafan Yang Diberikan Kepada Kita...
Dr Subendran Arumugam, pengarah agensi Ukrainian Medical Education, berkata suatu tempoh percubaan atau surat amaran wajar diberikan kepada universiti. Sebanyak 25,000 doktor dari 38 negara merupakan keluaran CSMU, adakah ini tidak diambil kira? MMC sanggup mengiktiraf ijazah perubatan dari Indonesia, Bangladesh, Mesir dan Jordan, tetapi menarik balik pengiktirafan yang diberikan kepada CSMU kerana kekurangan kualiti.
“Mengapa MMC tidak memberitahu awal-awal? Kira-kira 200 pelajar dalam masalah setelah mendaftar dan membayar USD2,000 (RM7,600) untuk kemasukan September CSMU bagi program pra-medikal,” kata Nadarajah Vinayagam, pemilik Aspirasi Sejati; yang merupakan anatara empat agensi kemasukan ke CSMU selain Ukranian Medical Education, Maju Indra and CSMU Consultant.
Dalam laporan akhbar lain, Datuk Dr Shafie Salleh, Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengakui kementeriannya memang mengeluarkan Non-Objection Certificates (NOC) kepada pelajar aliran sastera dan yang gagal dalam SPM bagi membolehkan mereka mendapat kemasukan ke CSMU.
Datuk Shafie Salleh berkata, “menurut Ketua Pengarah Kementerian, Profesor Datuk Dr Hassan Said yang saya temui pagi ini, pelajar-pelajar berkenaan memang diberikan NOC biarpun mereka gagal dalam SPM.”
Datuk Shafie tetap mempertahankan tindakan kementeriannya dalam isu pengeluaran NOC.
(Mereka ini telah datang ke Mesir dan menjamin bahawa apa yang berlaku di CSMU tak akan berulang di Mesir. Boleh pakai ke cakap orang sebegini? Nah, apa tindakan mereka setelah perkara ini JELAS berlaku di Mesir? Mereka mengiktiraf pula Mansurah-Manchester... Adakah ini adil buat rakan-rakan kita di Ukraine? Rakyat Malaysia berbangsa India terjejas BERHAK MENUNTUT KEADILAN!)
Kriteria Kemasukan Ke Bidang Perubatan
Sistem pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa semua calon mestilah lulus matapelajaran mandatori khusus dan mencapai agregat minima untuk layak menerima sijil SPM. Maknanya, jika pelajar gagal SPM, kemudiannya re-sit beberapa mata pelajaran, pelajar ini TIDAK LAGI memenuhi kriteria yang diperlukan untuk dianugerahkan sijil SPM.
Sekiranya sesiapa gagal SPM atau ‘O’-Level, dia dikira tidak layak masuk ke peringkat STPM atau ‘A’-Level. Mungkin dia boleh mengambil kelayakan lain tetapi kemasukan ke bidang perubatan perlu memenuhi kelayakan minima iaitu mendapat gred A dalam subjek mandatori dari aliran sains (bukan sastera!) Dalam kes penerimaan pelajar perubatan di Malaysia, mereka yang diterima adalah memperoleh gred 10 A ke atas dan daripada aliran sains sahaja!
Ada sahaja yang berkata bahawa sekiranya pelajar aliran sastera yang menuntut di Fakulti Perubatan di Mesir ini belajar sungguh-sungguh, apa salahnya? Kenyataan mengarut apakah ini? Bagaimana mereka hendak memahami kaedah sekiranya asas-asas sains tidak mereka ketahui? Dan penerapan asas ini pun mengambil masa dua tahun Adakah mereka mempunyai cukup masa untuk mempelajari asas ini pada masa yang sama mereka bertungkus-lumus mempelajari kaedah?
Bacalah petikan di bawah:
New Strait Times
Friday, July 01, 2005
MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu said medical students who qualified from unrecognised universities should not expect political action to get their degrees recognised.
He said students who intended to pursue medical courses must choose recognised universities and ensure they had the required qualification.
This was necessary although the Cabinet Wednesday allowed 247 Malaysian pre-medical students and 1,119 other students undergoing degree courses to continue with their studies in Crimea State Medical University (CSMU) in Ukraine, he said.
"I don't want others to go and jump into Crimea thinking that when they passed, we can use political action to get them recognised.
"If they are not qualified, they are not qualified. No political action can help them get the recognition," he said after attending a briefing on the relocation of SRJK (T) Ladang Behrang near here.
Samy Vellu said he understood the anxiety of Malaysian Indians who aspired to become doctors "before they are born" but they must go through the proper basic education, especially sitting for the Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia or matriculation.
He also said universities taking in medical students must be strict with their entry qualification and not let agents interfere with the decision-making process. He said many problems arose because agents promised a lot but could not deliver.
7 comments:
Nisbah pengajar ke pelajar 1:10 pun dah boleh kena tarik pengiktirafan ke? adeh.. abis msir ni mcmane la ek..huhu
"Bagaimana pelajar Mansurah-Manchester boleh mendakwa MMC dan JPA bersetuju sama-sama mengiktiraf program mereka?"
KAMI PELAJAR SENIOR MANSOURA-MANCHESTER PROGRAMME(MMP) INGIN MENCABAR PIHAK ADMIN ATAU SESIAPA PUN UNTUK MENGHUBUNGI MMC SENDIRI DAN BERTANYAKAN MENGENAI STATUS PENGIKTIRAFAN MMP DAN PROSES2 PENGIKTIRAFAN YANG DILAKUKAN OLEH MMC SENDIRI, ADAKAH IANYA MENGIKUT PROSEDUR DAN ADAKAH IA BERKERJASAMA DENGAN JPA&KPT DALAM MENGIKTIRAF MMP.
KAMI MENCABAR ADMIN!!! TIDAK GUNA HANYA MEMBEBEL DI BLOG, SAYA MAHU ADMIN MENGHUBUNGI MMC SENDIRI!!!
bodo btl admin ni.xreti2 tula mak bapak suro blja.org trg ckp bodo sombong.ade otak bg kt lembu.len kali pegi kalu ade majlis2 yg dianjurkn oleh pihak2 trtuntu,jgn keje nk bangkang kerajaan je.ak org pas pn.xda nk bangkang bodo2 kerajaan.at least ade otak gak la boleh fikr.ko pegi x slm?ape Dr FAuzi ckp?xreti2 lg ke?bodo sombong btl budk ni.dah le dak acap.bak kate DR mahathir.kt kawan dgn pembohong.kt jadi pembohong.kalu kt duk layan dgn org bodo.kt [n bodo jgk dak cap.dah le..die ni mmg sifat dengki xabis2..mmg ditakdirkkn die lahir mcm ni dak cap.dah le..xpyh gado2..exam kt da dekt..bt bodo sude...kt nk marh pn xgne dak cap.die bukn brani pn.smlm Dr fauzi sndri ckp.n pegawai mmc pn ade.dah le.kt stdy le dak cap..xpyh layan org mcm ni..esk2 kt setel akhirat.seng crt.brape byk die bt dosa dgn org..sakitkn hati org..brape byk die taburkn fitnah..sume ambik kire kt akhirat nnt.dah le dak cap.sesetan2 kt pn..kt tau adab2 nk jg hati org.sekian harap maklum
Assalamualaikum
Setelah lama berkecuali,rasanya perlu gak saya bersuara kat blog ini.Komen saya ini bukanlah untuk memihak kepada sesiapa tetapi adalah untuk menegur SIKAP sebahagian mereka disini termasuklah ADMIN sendiri.
Untuk membalas kata2 hannah sahimi.Nak second choice?Masukla matrix.Tu baru betul 2nd choice.Tu baru betul SPM tiada gunanya.Berbeza dgn pelajar yg cemerlang SPM,we earned it,we worked our asses for it,we went through a lot of hardship.masa org lain sibuk main masa spm kami study,org lain sibuk berkapel kami study,org lain sibuk buat benda lain kami study.Atas asbab inilah dengan izin Allah kami berjaya.Kamu bleh kate 'fuck off' dgn SPM result?Hanya kerana kamu berduit?Duit tu pon kurniaan Allah gak.
Saya secara peribadinya,mengalu2kan sesiapa sahaja yg nak study kat mesir.Provided diorang betul2 layakla.ada je kawan2 saya cth,amin,taqi.bagus diorang tu.Tapi oleh kerana sikap sebahagian yg x bertanggungjawab maka seluruh dak2 manchester terkena palitnya.Seperti sikap bermulut capul,berbahas xdehikmah langsung inike sikap muslim.Anda x pernah terpk ke kenapa kamu dipilih dtg mesir?
Adakah kamu tak terpk sebagaimana Allah bagi kamu 2nd chance utk belajo medic,juga Allah bagi kamu 2nd chance utk kamu
ubah cara2 jahiliah kamu dan mengenal Allah dari ilmu para ulamak bumi anbiya ni.At least kemahuan tu mesti ada,orang buat program islah diri datangla,
buat usrah joinla,dan sebagainya yg kamu tahu sendiri.
Kepada admin,ye Program Manchester sebagaimana yg dinyatakan dalam program semalam telahpon diiktiraf,At least terimalah
kenyataan itu dahulu.Hadaf mesti jelas,kita nak memerangi ejen2 haram ni.Bukan student2 yg jadi mangsa keadaan.At least kita mesti bantu mereka
atas dasar sesama muslim.Adakah kerana krisis Manchester ini kita semua ingin berperang?Sedangkan ikatan iman dan akidah
lebih utama dari semua.Fikir2kanlah
Kepada Amin Yasin,Taqi.Teruskanlah memimpin anak2 buah kamu ke arah kebaikan.Kami tidak lain hanya menginginkan keamanan
di bumi anbiya ni...Wassalam
Assalamualaikum
Setelah lama berkecuali,rasanya perlu gak saya bersuara kat blog ini.Komen saya ini bukanlah untuk memihak kepada sesiapa tetapi adalah untuk menegur SIKAP sebahagian mereka disini termasuklah ADMIN sendiri.
Untuk membalas kata2 hannah sahimi.Nak second choice?Masukla matrix.Tu baru betul 2nd choice.Tu baru betul SPM tiada gunanya.Berbeza dgn pelajar yg cemerlang SPM,we earned it,we worked our asses for it,we went through a lot of hardship.masa org lain sibuk main masa spm kami study,org lain sibuk berkapel kami study,org lain sibuk buat benda lain kami study.Atas asbab inilah dengan izin Allah kami berjaya.Kamu bleh kate 'fuck off' dgn SPM result?Hanya kerana kamu berduit?Duit tu pon kurniaan Allah gak.
Saya secara peribadinya,mengalu2kan sesiapa sahaja yg nak study kat mesir.Provided diorang betul2 layakla.ada je kawan2 saya cth,amin,taqi.bagus diorang tu.Tapi oleh kerana sikap sebahagian yg x bertanggungjawab maka seluruh dak2 manchester terkena palitnya.Seperti sikap bermulut capul,berbahas xdehikmah langsung inike sikap muslim.Anda x pernah terpk ke kenapa kamu dipilih dtg mesir?
Adakah kamu tak terpk sebagaimana Allah bagi kamu 2nd chance utk belajo medic,juga Allah bagi kamu 2nd chance utk kamu
ubah cara2 jahiliah kamu dan mengenal Allah dari ilmu para ulamak bumi anbiya ni.At least kemahuan tu mesti ada,orang buat program islah diri datangla,
buat usrah joinla,dan sebagainya yg kamu tahu sendiri.
Kepada admin,ye Program Manchester sebagaimana yg dinyatakan dalam program semalam telahpon diiktiraf,At least terimalah
kenyataan itu dahulu.Hadaf mesti jelas,kita nak memerangi ejen2 haram ni.Bukan student2 yg jadi mangsa keadaan.At least kita mesti bantu mereka
atas dasar sesama muslim.Adakah kerana krisis Manchester ini kita semua ingin berperang?Sedangkan ikatan iman dan akidah
lebih utama dari semua.Fikir2kanlah
Kepada Amin Yasin,Taqi.Teruskanlah memimpin anak2 buah kamu ke arah kebaikan.Kami tidak lain hanya menginginkan keamanan
di bumi anbiya ni...Wassalam
Assalamualaikum... Buat pengetahuan pembaca sekalian... Article ini saya ambil di www.globalmedicnetwork.blogspot.com
So Siapa yang berkesempatan, Silalah kita lawati blog ni... mungkin kita akan dapat second opinion... Saya tak menyebelahi maner2 pihak...
Fitnah Terhadap Duta
Saya terpanggil untuk menumpang menulis dalam blog ini kerana melihat berlakunya budaya fitnah menfitnah dikalangan pelajar Islam yang menuntut di Egypt. Ramai yang tidak tahu betapa besarnya peranan Duta Egypt untuk mendapatkan 700 tempat untuk pelajar-pelajar Islam yang menuntut dalam bidang Pengajian Perubatan/Pergigian di Egypt. Pada tahun 2005, hanya sekitar 52 pelajar sahaja yang diterima setahun untuk belajar di universiti-universiti di Egypt namun berkat kebijaksanaan dan kesedaran terhadap bangsa dan umat Islam, Kedutaan Malaysia berusaha memujuk universiti-universiti yang diiktiraf untuk menambah kuota kemasukan kepada pelajar Malaysia. Duta Malaysia terpaksa berjumpa berkali-kali untuk misi memujuk ini bagi setiap universiti dan bayangkan kesusahan yang beliau lalui untuk bertemu dengan 7 buah universiti. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan 700 tempat. Setelah mendapat tempat, beliau perlu memenuhi janjinya kepada universiti untuk menghantar seramai mungkin pelajar Islam kerana perlu ditegaskan bahawa universiti telah membuat persediaan bagi menyambut hasrat membantu Malaysia melahirkan profesional Islam dalam bidang perubatan. Untuk menerima lebih ramai pelajar Malaysia, universiti-universiti ini telah melabur sekian banyak peruntukan kewangan bagi menyediakan makmal, tenaga pengajar dan segala macam kemudahan. Cuba bayangkan jika janji Duta terhadap universiti ini tidak dapat ditunaikan.
Adalah mudah untuk kita menuduh Duta kita dengan pelbagai fitnah tetapi ramai yang tidak sedar betapa besarnya dosa yang dilakukan oleh mereka yang membuat fitnah ini di bumi anbia. Saya tidak dapat bayangkan dosa-dosa ini kerana membuat fitnah terhadap manusia yang begitu murni sifatnya samalah ibarat menfitnah ayah sendiri kerana peranan Duta lah yang membolehkan sebegitu ramai pelajar Islam mampu mengejar cita-cita menjadi seorang doktor. Saya percaya ramai di kalangan anda yang akan menjadi doktor pakar dalam 10 - 20 tahun akan datang. Semuanya bermula dengan insan yang difitnah ini tetapi kita bernasib baik kerana beliau cekal mengorak langkah untuk memajukan anak bangsanya. Beliau tidak pernah meminta walau satu sen pun dari mana-mana agensi tetapi fitnah yang beliau terima maha hebat. Hinanya manusia yang menfitnah beliau sesama Islam lebih-lebih lagi terhadap insan yang begitu berjasa tidak dapat saya gambarkan.
Perlu ditegaskan bahawa JPA, MARA dan agensi kerajaan negeri hanya berupaya menghantar sekitar 300 pelajar. Ini bermakna 400 tempat lagi perlu diisi dengan pelajar swasta. Kita harus bersyukur kerana berkat usaha perundingan dengan Universiti Mansoura, kadar yuran yang ditetapkan dapat diminimakan. Kadar yuran ini membuka peluang kepada anak-anak yang relatif kurang cemerlang tetapi memenuhi syarat kelulusan minima yang ditetapkan oleh Kabinet Malaysia seperti pekeliling tahun 2002. Tidak ramai yang mengetahui bahawa sekian banyak doktor perubatan bukan Islam yang dilatih di Indonesia, Ukraine, Russia dan India mempunyai kelayakan minima yang lebih buruk lagi. Data-data 10 tahun kebelakang boleh menjelaskan hal ini. Bayangkan rakyat Malaysia keturunan India yang hanya sekitar 7% menghantar bilangan pelajar perubatan lebih ramai ke India, Russia, Ukraine dan Indonesia berbanding dengan orang Islam Malaysia. Tidakkah usaha Duta sangat signifikan untuk meningkatkan doktor Islam yang kelak akan merawat anak bangsa sendiri?
Kepada semua anak bangsa yang mendapat manfaat dari insan yang begitu teruk difitnah ini, saya memohon supaya dilakukan solat hajat untuk memberi kesedaran kepada golongan yang menyebarkan fitnah supaya mereka insaf dan bersama-sama membantu Kedutaan Malaysia untuk memajukan anak bangsa. Saya telah meminta GMN mengaturkan Majlis Solat Hajat ini dalam lawatan mereka akan datang dan sama-samalah kita berdoa supaya Allah S.W.T menunjukkan jalan yang benar terhadap mereka yang menabur fitnah.
Untuk makluman semua, saya mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Duta kerana saya pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Hal-ehwal Pelajar KPT yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Penuntut Malaysia di Cairo. Saya merasa malu dan kesal apabila cerita bohong dan fitnah mula menjadi budaya pelajar Islam di Egypt. Sekiranya ada dikalangan agensi yang kurang berkesan, tegurlah agensi tersebut secara berhemah. Saya percaya mana-mana syarikat yang ingin berjaya akan mengambil berat terhadap teguran anda. Janganlah kerana sedikit kecelaruan teknikal, maka Duta difitnah sebegitu rupa dan usaha yang dirintis oleh beliau dimusnahkan.
Wassallam.
Post a Comment