Saturday, April 5, 2008

Pengenalan - Introduction

Salam Sejahtera.

Laman blog ini bertujuan untuk membongkar salah laku dan kepincangan dalam pengendalian pengajian perubatan di Mesir untuk pelajar-pelajar Malaysia oleh pihak yang tak bertanggungjawab iaitu Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir selaku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Mesir dan syarikat yang menyertai komplotnya iaitu Global Medic Network Sdn Bhd (793949-T).

Diharap semua pihak dapat mengambil iktibar agar kegelojohan untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir tidak menyebabkan kita 'diperangkap' oleh segologan individu yang mahu mengaut untung semata-mata yang akhirnya menyebabkan masa depan kita hancur berkecai malah kehilangan banyak duit pula.

Kami juga berharap masyarakat di luar sana iaitu ibu bapa dan pelajar-pelajar tidak semberono memilih agensi yang menawarkan tempat pengajian perubatan di luar negara terutama sekali Mesir dan tidak melalui saluran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kami memilih cara ini untuk membendung kegiatan tidak bermoral Datuk Duta dan syarikat-syarikat agensi. Sebagai akibatnya, mereka terus-menerus menjalankan kegiatan tak bermoral ini di samping mengaut keuntungan secara tidak sah.

12 comments:

aSRaP said...

ensem nyeeeeee bdk2 tue...haha...

Encik Otot said...

ape tujuan penulis sebenarnya? ni nak tanya ni, ko kalau gentelman, ko bagi tau la diri kau yang sebenar... ko balajar pakai duit sendiri ker loan? kalau loan jgn bising2... tugas ko tu blaja jer... betul ke ni budak medik? ker ko budak agama? kalau budak agama tak payahla nak komen teruk2 GMN tu... aku n family amat berterima kasih kpd GMN sbb bg aku peluang utk blaja medik ni... Setahu aku GMN tak pernak paksa parent aku byr itu dan ini...semua diaorg bgtau sincerely... terpulang pd parent aku samada nak proceed ker tak... semua payment yg GMN buat semua jelas... takde hanky_panky... semua student GMN tau hal ni... kalau tak de bantuan dari GMN, aku mungkin tgh dok buat matrik kat melaka lagi yang maner PNGK belum tentu dpt wat medik... sebenarnya ko irihati, dengki dan hati busuk.... Come onla... GMN tu swasta, bukan kerajaan... tak kan benda mcm tu takleh nak pikir? Cuba ko bayangkan, kalau ko pegi gunting kat kedai, ade ker ko boleh komen braper mamak tu nak charge ko? ko kalau tak suke, ko blah jer la...jgn gunting rambut kat situ... GMN tu buat servis la mangkuk... Bodoh ker aper ko ni? Kalau ko terer sgt, esok kalau sedara ko nak wat medik, ko soh ar dia dtg sendiri kat mesir ni... try mintak seat sendiri...dapat ker tak? ko ni mmg BONGOK la.... itu jer yg aku nak ckp...

ezzad said...

hahaha dak acap.muke ak zaman mude2 dowh.famous ak sial.hahaha berbulu ak tgk.muke ko dak cap.mcm ahli sufi n sunnah wajamaah.hahaha alim gle.skrg cm firaun.hahaha wehh dak cap.xpyh lee nk dilayan org xda akal ni.kt bt keje kt sude..org2 mcm ni.kalu dilahirkn dah di ditetapkn mcm ni dak cap.hati busuk.xleh tgk org seng sket.porak peranda hubgn org len.xleh tgk org len aman sket.alaa biase la tu..duk kt egypt ni.knla sabar..die da ikt perangai firaun.biasela tu..musibah,sabar n redha.tu kn ade kalu duk egypt ni.dah lee dak cap.xpyh gado2..ak ni xdala alim sgt dak cap.sket2 psl agama tu tau le..tp org ckp kalu kt ade ilmu kt kn share..ni ak nk share dgn ko dak cap..

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

sebagai peringtan dak cap..sila ambik perhatian yg ni
agalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.

so sume boleh fikr sndrila..dah le gado2..biar jela die ni..kalu die brani die jmpe kt.tu le org ckp.kalu xtahu lebh baik diam diri..dari berkata2..tu sebodoh2 manusia.sekian harap maklum.

aSRaP said...

ahahhahhahahha...alamakkkk ustazzzz....hahhaha....kalo aku jd admin nie kompem aku insap la...hahhahaha...aku saja x der keje tue yg layan org bodo nie...haha...dah2 kita layan pompuan laie bagus...mari dak jak...mariii...hahahhahaa...siak jek dah cam firaun lak aku...masih laie bercaya keimanan di datukkk jgn x tau....hahah

ezzad said...

hahahaha dak cap..jgn mcm tu tan sri..hahaha skrg sesi perbualn kt lak sial.hahaha ak hrp kalu ko admin.at least sesetan2 ko ade gak insap.menjaga hati org.hormat org tua.org tua pn suka..hahaha yg si admin ni.ak xreti nk ckp mcm mn.xreti2.biasela bt dosa hasat dengki mmg sernk.bt dosa mmg sernk,bt phala tu yg slow sket tu.bt org sakit hati.biasela tu dak cap.hahahaha wehh dak cap.pe crt?

aSRaP said...
This comment has been removed by the author.
aSRaP said...
This comment has been removed by the author.
aSRaP said...

pihak admin, saya rasa jelas di sini bahawa program mansoura-manchester telah diiktiraf dengan sahnya oleh MMC dan JPA. Oleh itu diharap saudara dapat membuang segala artikel berkenaan dengan pengiktirafan program tersebut kerana ia akan mengelirukan pembaca. segala kerjasama dari pihak saudara saya ucapkan terima kasih.

-ahmad asyraf bin abdul rahim-
(pelajar semester 4 program mansoura-manchester)

angel said...

Assalamualaikum... Buat pengetahuan pembaca sekalian... Article ini saya ambil di www.globalmedicnetwork.blogspot.com

So Siapa yang berkesempatan, Silalah kita lawati blog ni... mungkin kita akan dapat second opinion... Saya tak menyebelahi maner2 pihak...

Fitnah Terhadap Duta

Saya terpanggil untuk menumpang menulis dalam blog ini kerana melihat berlakunya budaya fitnah menfitnah dikalangan pelajar Islam yang menuntut di Egypt. Ramai yang tidak tahu betapa besarnya peranan Duta Egypt untuk mendapatkan 700 tempat untuk pelajar-pelajar Islam yang menuntut dalam bidang Pengajian Perubatan/Pergigian di Egypt. Pada tahun 2005, hanya sekitar 52 pelajar sahaja yang diterima setahun untuk belajar di universiti-universiti di Egypt namun berkat kebijaksanaan dan kesedaran terhadap bangsa dan umat Islam, Kedutaan Malaysia berusaha memujuk universiti-universiti yang diiktiraf untuk menambah kuota kemasukan kepada pelajar Malaysia. Duta Malaysia terpaksa berjumpa berkali-kali untuk misi memujuk ini bagi setiap universiti dan bayangkan kesusahan yang beliau lalui untuk bertemu dengan 7 buah universiti. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan 700 tempat. Setelah mendapat tempat, beliau perlu memenuhi janjinya kepada universiti untuk menghantar seramai mungkin pelajar Islam kerana perlu ditegaskan bahawa universiti telah membuat persediaan bagi menyambut hasrat membantu Malaysia melahirkan profesional Islam dalam bidang perubatan. Untuk menerima lebih ramai pelajar Malaysia, universiti-universiti ini telah melabur sekian banyak peruntukan kewangan bagi menyediakan makmal, tenaga pengajar dan segala macam kemudahan. Cuba bayangkan jika janji Duta terhadap universiti ini tidak dapat ditunaikan.

Adalah mudah untuk kita menuduh Duta kita dengan pelbagai fitnah tetapi ramai yang tidak sedar betapa besarnya dosa yang dilakukan oleh mereka yang membuat fitnah ini di bumi anbia. Saya tidak dapat bayangkan dosa-dosa ini kerana membuat fitnah terhadap manusia yang begitu murni sifatnya samalah ibarat menfitnah ayah sendiri kerana peranan Duta lah yang membolehkan sebegitu ramai pelajar Islam mampu mengejar cita-cita menjadi seorang doktor. Saya percaya ramai di kalangan anda yang akan menjadi doktor pakar dalam 10 - 20 tahun akan datang. Semuanya bermula dengan insan yang difitnah ini tetapi kita bernasib baik kerana beliau cekal mengorak langkah untuk memajukan anak bangsanya. Beliau tidak pernah meminta walau satu sen pun dari mana-mana agensi tetapi fitnah yang beliau terima maha hebat. Hinanya manusia yang menfitnah beliau sesama Islam lebih-lebih lagi terhadap insan yang begitu berjasa tidak dapat saya gambarkan.

Perlu ditegaskan bahawa JPA, MARA dan agensi kerajaan negeri hanya berupaya menghantar sekitar 300 pelajar. Ini bermakna 400 tempat lagi perlu diisi dengan pelajar swasta. Kita harus bersyukur kerana berkat usaha perundingan dengan Universiti Mansoura, kadar yuran yang ditetapkan dapat diminimakan. Kadar yuran ini membuka peluang kepada anak-anak yang relatif kurang cemerlang tetapi memenuhi syarat kelulusan minima yang ditetapkan oleh Kabinet Malaysia seperti pekeliling tahun 2002. Tidak ramai yang mengetahui bahawa sekian banyak doktor perubatan bukan Islam yang dilatih di Indonesia, Ukraine, Russia dan India mempunyai kelayakan minima yang lebih buruk lagi. Data-data 10 tahun kebelakang boleh menjelaskan hal ini. Bayangkan rakyat Malaysia keturunan India yang hanya sekitar 7% menghantar bilangan pelajar perubatan lebih ramai ke India, Russia, Ukraine dan Indonesia berbanding dengan orang Islam Malaysia. Tidakkah usaha Duta sangat signifikan untuk meningkatkan doktor Islam yang kelak akan merawat anak bangsa sendiri?

Kepada semua anak bangsa yang mendapat manfaat dari insan yang begitu teruk difitnah ini, saya memohon supaya dilakukan solat hajat untuk memberi kesedaran kepada golongan yang menyebarkan fitnah supaya mereka insaf dan bersama-sama membantu Kedutaan Malaysia untuk memajukan anak bangsa. Saya telah meminta GMN mengaturkan Majlis Solat Hajat ini dalam lawatan mereka akan datang dan sama-samalah kita berdoa supaya Allah S.W.T menunjukkan jalan yang benar terhadap mereka yang menabur fitnah.

Untuk makluman semua, saya mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Duta kerana saya pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Hal-ehwal Pelajar KPT yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Penuntut Malaysia di Cairo. Saya merasa malu dan kesal apabila cerita bohong dan fitnah mula menjadi budaya pelajar Islam di Egypt. Sekiranya ada dikalangan agensi yang kurang berkesan, tegurlah agensi tersebut secara berhemah. Saya percaya mana-mana syarikat yang ingin berjaya akan mengambil berat terhadap teguran anda. Janganlah kerana sedikit kecelaruan teknikal, maka Duta difitnah sebegitu rupa dan usaha yang dirintis oleh beliau dimusnahkan.

Wassallam.

mohd nasri said...

macam mana dengan www.medicmesir2u.com....anak saya ada terima surat taklimat di UPM dari medic mesir? nampak sama macam Global Medic aja...

mohd nasri said...

anak saya ada terima surat taklimat dari Medic Mesir? nampak macam sama aja dengan Global Medic ?
Sapa-sapa ada info Medic Mesir x?

ALYRA said...

Rujukan utama apabila ingin menghantar anak belajar perubatan di luar negara ialah jabatan pegajian tinggi, kementerian pengajian tinggi. Di sini anda akan mendapat segala informasi tentang syarat kemasukan, senarai universiti dan semua yang berkaitan.