Sunday, April 20, 2008

KAEDAH PERMOHONAN BELAJAR PERUBATAN SECARA PERSENDIRIAN DI MESIR SECARA

Soalan 1: Bagaimana untuk memohon belajar perubatan secara persendirian di Mesir secara sah?
Jawapan:

Step 1: Anda mestilah mendapatkan dua borang permohonan iaitu BORANG PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PERUBATAN UNIVERSITI DI MESIR dan BORANG SIJIL SOKONGAN LUAR NEGARA (SSLN) daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Step 2: Anda boleh memohon melalui mana-mana yayasan negeri atau badan persendirian asalkan mereka mendaftar di bawah saluran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia iaitu bermaksud anda mengupah pihak berkenaan untuk memohon nama anda kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi belajar di Mesir.


Soalan 2: Bagaimana utk memastikan bahawa pihak tersebut tidak menipu anda bahawa pemohonan anda telah diterima Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia?
Jawapan: Anda mestilah mengisi dua borang yang telah dinyatakan di atas. Kemudian, pastikan anda telah:
  1. Mendapat surat pengesahan anda diterima belajar ke Mesir oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  2. Mendapat surat pengesahan untuk belajar ke luar negara oleh KPT (SSLN) Sijil Sokongan Luar Negara.
  3. Surat pengesahan daripada Duta Malaysia di Mesir dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah di Mesir ADALAH TIDAK SAH SAMA SEKALI pada peringkat ini.


Carta Alir Proses Pemohonan Anda

Pemohonan anda mestilah dibuat kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Pemohonan anda akan dinilai dan ditapis oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

seterusnya

Jika pemohonan anda memenuhi syarat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,

seterusnya

Pemohonan dan Maklumat pelajar yang lulus akan dihantar kepada Kementerian Pengajian Tinggi Mesir untuk mendapat kelulusan dan persetujuan dari pihak KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MESIR.

kemudian,

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Mesir akan menghantar senarai nama yang telah mereka terima kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

dan

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan mengeluarkan surat pengesahan memaklumkan anda telah diterima belajar di Mesir.


Soalan 3: Apa yang akan berlaku jika anda tidak memohon melalui kementerian pengajian tinggi atau tidak mengikut kaedah yang ditetapkan kementerian pengajian tinggi?
Jawapan: Pelajar yang tidak memohon melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan;
  1. Tidak mempunyai Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN)
  2. Anda tidak akan didaftarkan di Kementerian Pengajian Tinggi Mesir. Akibatnya, anda tidak akan layak untuk ditempatkan di mana-mana universiti awam di Mesir sekiranya anda tidak melepasi piawaian kelayakan yang telah ditetapkan oleh KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MESIR.

Soalan 4: Agensi-agensi (seperti GMN) tak boleh hantar TERUS kepada Kementerian Pengajian Tinggi Mesir ke?
Jawapan: Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Mesir telah membuat perjanjian penuh bahawa tidak akan menerima sebarang pelajar Malaysia yang tidak melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Mesir tidak akan mendaftarkan pelajar yang tidak melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Jika anda tidak berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir, akibatnya:
  1. Anda tidak akan didaftarkan di mana-mana universiti di Mesir.
  2. Surat Pengesahan Pelajar tidak dapat dikeluarkan oleh pihak universiti.
Ini bermakna,
  1. Anda tidak dapat menyambung visa sebagai visa pelajar.
  2. Anda ditahan daripada menduduki peperiksaan.
  3. Dengan kata lain, anda tidak layak untuk belajar di mana-mana universiti di Mesir. Balik Malaysia sajalah...

Thursday, April 10, 2008

Kenyataan Mohon Maaf

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memerangi kehadiran agensi-agensi pelajar (bukan pelajar) ke Mesir kerana keengganan mematuhi prosedur yang betul, selain daripada menyedarkan masyarakat Malaysia agar tidak tertipu dengan mereka setelah kes demi kes yang berlaku. Kami bimbang, implikasi yang diterima pelajar adalah sangat teruk pada masa hadapan bahana agensi pelajar ini.

Kami admin ingin meminta maaf terhadap post-post terdahulu yang melampau dan menjadi punca keadaan yang tidak keruan serta kekeruhan yang berlaku dalam masyarakat pelajar terutama sekali di Mansurah. Tiada sekelumit pun niat kami untuk memecah-belahkan kesatuan yang ada dan bermusuh dengan pihak pelajar terutamanya tahun satu. Kami tidak menyangka yang ini merupakan akibatnya.

Kami juga memohon ampun seikhlas-ikhlas dan harapnya kalian dapatlah memaafkan kami atas keterlanjuran kami. Kami tidak sanggup berhadapan dengan Tuhan Yang Maha Esa hanya kerana dosa kami terhadap banyak pihak.

Justeru, kami sangat-sangat memohon maaf kalian.

Kami juga telah mengubah dan membuang beberapa entry yang agak melampau dan menyentuh snsitiviti banyak pihak.

Teguran adalah sangat-sangat kami alu-alukan dan terima kasih buat pengunjung yang menyokong kami untuk menentang agensi (bukan pelajar).

Kami akan terus memblog dalam hal ini, tetapi atas perkara yang telah terjadi akan menjadi pengajaran buat kami. Kami akan mengubah aspek penyampaian kami di blog ini supaya kegiatan agensi di Mesir dapat dikekang pada masa akan datang untuk mengelakkan lebih ramai tertipu. Ini merupakan hadaf kami dan semoga kami lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Sekali lagi kami memohon maaf.

Selamat membaca.

Kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Waalaikumsalam.

Berhubung dengan pengitirafan program Mansoura-Manchester, saya telah
semak dengan MMC. Program tersebut memang telah diiktiraf oleh MMC.

Sekian. Jika ada apa-apa masalah atau isu yang nak dikongsi bersama saya, sila emelkan kepada saya.

ROHANI MUSTAFFA
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Kenyataan MMC

Waalaikumussalam,

Merujuk kepada pertanyaan tuan, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perubatan Malaysia telah bersetuju mengiktiraf program perubatan peringkat sarjana di bawah program kerjasama Mansoura-Manchester di Mansoura University. Surat mengesahkan pengiktirafan Majlis telah pun dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam pada 5 Disember 2007.

Sekian. Terima Kasih.

Wassalam.

Dr. Wan Mazlan Bin Md. Woojdy
Setiausaha
Majlis Perubatan Malaysia.

Wednesday, April 9, 2008

Ukraine=Mesir?

Malaysian Medical Council (MMC) telah menggariskan empat faktor yang menyebabkan badan itu menarik balik pengiktirafan Crimea State University (CSMU);
  1. Kemasukan pelajar secara besar-besaran.
  2. Kemasukan pelajar aliran sastera dan secondary school dropouts.
  3. Tahap pencapaian Bahasa Inggeris yang lemah.
  4. Nisbah pengajar:pelajar ialah 1:10, bukan 1:4 mengikut standard yang ditetapkan MMC.

Petikan New Strait Times
“The sudden and drastic increase in the number of students inevitably may compromise the quality of medical education as far as teaching staff and other resources are concerned,” said the council’s president Datuk Dr Ismail Merican when announcing the decision to derecognise CSMU on June 16.

Kita tak mahu apa yang berlaku di Crimea State Medical University berulang di Mesir. Rujuk di sini (pastikan anda berlanggan dengan Malaysiakini).

Apa yang berlaku di (CSMU), pelajar-pelajar sastera dan yang gagal dalam SPM memohon melalui Kementerian Pendidikan (ketika itu). Peliknya, Kementerian telah memproses permohonan mereka ini secara vetting thru dan mengeluarkan 'Certificate of No-Objection’ untuk mereka ini menyambung pengajian dalam bidang perubatan di CSMU.

Kemudian, Malaysian Medical Council pula mendakwa penarikbalikan pengiktirafan CSMU adalah disebabkan institusi tersebut mengambil pelajar-pelajar daripada aliran sastera dan mereka yang gagal dalam SPM walhal mereka ini telah mendapat ‘restu’ daripada Kementerian Pendidikan. Tambah MMC, CSMU patut mengambil kira faktor standard dalam piawaian pengambilan pelajar ke Universiti tersebut.

Begitulah sikap kedua-dua kementerian yang berbeza yang tiada sinergi, tidak seperti mana yang masyarakat di luar sana fikir. Apa yang kita apat lihat, pelbagai kementerian berbuat kerja sesuka hati mereka berdasarkan kriteria masing-masing. JPA dengan kepala mereka, KPTM dengan kepala mereka dan MMC dengan kepala mereka.

Apa kaitannya dengan masyarakat India?

Disebabkan kesukaran masyarakat India memasuki bidang ini setelah saluran Matrikulasi ditutup dan hanya tinggal cara STPM, mereka hanya mempunyai satu jalan sahaja: agensi pendidikan. Namun, kini saluran itu telah ‘ditutup’ kerajaan dengan penarikbalikan pengiktirafan yang diberikan CSMU.

Datuk S Sothinathan (wakil parlimen Teluk Kemang 2004-2008) bertegang lidah dalam sesi parlimen dengan Timbalan Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berhubung penarikbalikan pengiktirafan ijazah perubatan dari CSMU oleh MMC. Dalam perdebatan tersebut, Dr Abdul Latiff berkata semua parti komponen Barisan Nasional telah menyetujui keputusan MMC kecuali Malaysian Indian Congress (MIC).

Marah dengan kenyataan Dr Abdul Latiff, Sothinathan bangun dan berkata, “Kami (MIC) adalah sebuah parti dalam kerajaan mewakili kaum India. Sudah menjadi tugas kami memperbetul apa yang salah sekiranya berlaku.”


Perdana Menteri pula berkata, sebagai anggota kerajaan (Sothinathan merupakan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap Setiausaha MIC), Sothinathan tidak patut lantang mengkritik kerajaan. Akibatnya, beliau telah digantung Parlimen selama tiga bulan.

Lim Kit Siang sewaktu perbahasan perkara tersebut turut mempersoalkan bahawa kenapa tempoh percubaan tidak diberikan sedangkan Universiti Malaya diberi notis tempoh percubaan selama lima tahun sebelum pengitirafan ijazah perubatan UM ditarik-balik oleh United Kingdom General Medical Council pada pertengahan tahun 80-an.

Pada hari kabinet menggantung pengiktirafan CSMU, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ‘tiada diskriminasi kaum.’ Menurutnya lagi, semua kaum - India, Cina dan Melayu yang blajar di CSMU turut terjejas ketika memberitahu wartawan selepas melawat Institut Integriti Negara, pada hari Rabu.

Abdullah berterima kasih kepada Najib kerana berjaya meredakan keadaan dengan mengeluarkan keputusan cabinet yang membawa kepada persetujuan Presiden MIC untuk terus membenarkan 247 pelajar lama di CSMU untuk kekal meneruskan pengajian. Datuk S Samy Vellu mengiyakan Abullah bahawa ‘tiada diskriminasi kaum berhubung hal ini.’

Mengapa Abdullah memberikan komen sedemikian? Jika dilihat secara kasar, memanglah perkara perkauman ini tidak timbul. Soalnya, isu perkauman ini timbul selepas ramai pelajar India terlibat dan parti yang membela mereka enggan menerima ketetapan MMC pada mulanya.




Akibatnya, Masyarakat India Akan Mempertikai Pengiktirafan Yang Diberikan Kepada Kita...


Dr Subendran Arumugam, pengarah agensi Ukrainian Medical Education, berkata suatu tempoh percubaan atau surat amaran wajar diberikan kepada universiti. Sebanyak 25,000 doktor dari 38 negara merupakan keluaran CSMU, adakah ini tidak diambil kira? MMC sanggup mengiktiraf ijazah perubatan dari Indonesia, Bangladesh, Mesir
dan Jordan, tetapi menarik balik pengiktirafan yang diberikan kepada CSMU kerana kekurangan kualiti.

“Mengapa MMC tidak memberitahu awal-awal? Kira-kira 200 pelajar dalam masalah setelah mendaftar dan membayar USD2,000 (RM7,600) untuk kemasukan September CSMU bagi program pra-medikal,” kata Nadarajah Vinayagam, pemilik Aspirasi Sejati; yang merupakan anatara empat agensi kemasukan ke CSMU selain Ukranian Medical Education, Maju Indra and CSMU Consultant.

Dalam laporan akhbar lain, Datuk Dr Shafie Salleh, Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengakui kementeriannya memang mengeluarkan Non-Objection Certificates (NOC) kepada pelajar aliran sastera dan yang gagal dalam SPM bagi membolehkan mereka mendapat kemasukan ke CSMU.

Datuk Shafie Salleh berkata, “menurut Ketua Pengarah Kementerian, Profesor Datuk Dr Hassan Said yang saya temui pagi ini, pelajar-pelajar berkenaan memang diberikan NOC biarpun mereka gagal dalam SPM.”

Datuk Shafie tetap mempertahankan tindakan kementeriannya dalam isu pengeluaran NOC.

(Mereka ini telah datang ke Mesir dan menjamin bahawa apa yang berlaku di CSMU tak akan berulang di Mesir. Boleh pakai ke cakap orang sebegini? Nah, apa tindakan mereka setelah perkara ini JELAS berlaku di Mesir? Mereka mengiktiraf pula Mansurah-Manchester... Adakah ini adil buat rakan-rakan kita di Ukraine? Rakyat Malaysia berbangsa India terjejas BERHAK MENUNTUT KEADILAN!)

Kriteria Kemasukan Ke Bidang Perubatan

Sistem pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa semua calon mestilah lulus matapelajaran mandatori khusus dan mencapai agregat minima untuk layak menerima sijil SPM. Maknanya, jika pelajar gagal SPM, kemudiannya re-sit beberapa mata pelajaran, pelajar ini TIDAK LAGI memenuhi kriteria yang diperlukan untuk dianugerahkan sijil SPM.

Sekiranya sesiapa gagal SPM atau ‘O’-Level, dia dikira tidak layak masuk ke peringkat STPM atau ‘A’-Level. Mungkin dia boleh mengambil kelayakan lain tetapi kemasukan ke bidang perubatan perlu memenuhi kelayakan minima iaitu mendapat gred A dalam subjek mandatori dari aliran sains (bukan sastera!) Dalam kes penerimaan pelajar perubatan di Malaysia, mereka yang diterima adalah memperoleh gred 10 A ke atas dan daripada aliran sains sahaja!

Ada sahaja yang berkata bahawa sekiranya pelajar aliran sastera yang menuntut di Fakulti Perubatan di Mesir ini belajar sungguh-sungguh, apa salahnya? Kenyataan mengarut apakah ini? Bagaimana mereka hendak memahami kaedah sekiranya asas-asas sains tidak mereka ketahui? Dan penerapan asas ini pun mengambil masa dua tahun Adakah mereka mempunyai cukup masa untuk mempelajari asas ini pada masa yang sama mereka bertungkus-lumus mempelajari kaedah?

Bacalah petikan di bawah:


New Strait Times
Friday, July 01, 2005


MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu said medical students who qualified from unrecognised universities should not expect political action to get their degrees recognised.

He said students who intended to pursue medical courses must choose recognised universities and ensure they had the required qualification.

This was necessary although the Cabinet Wednesday allowed 247 Malaysian pre-medical students and 1,119 other students undergoing degree courses to continue with their studies in Crimea State Medical University (CSMU) in Ukraine, he said.

"I don't want others to go and jump into Crimea thinking that when they passed, we can use political action to get them recognised.
"If they are not qualified, they are not qualified. No political action can help them get the recognition," he said after attending a briefing on the relocation of SRJK (T) Ladang Behrang near here.

Samy Vellu said he understood the anxiety of Malaysian Indians who aspired to become doctors "before they are born" but they must go through the proper basic education, especially sitting for the Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia or matriculation.

He also said universities taking in medical students must be strict with their entry qualification and not let agents interfere with the decision-making process. He said many problems arose because agents promised a lot but could not deliver.

Tuesday, April 8, 2008

Mengapa Perubatan Mesir Akan Menjadi Suatu Masalah Jika Tidak Dibendung?

Blog ini telah melonjak setapak yang lebih maju pada kali ini dengan sokongan dan feed back yang positif dari rakan-rakan di Ukraine yang sememangnya telah lama hidup dalam permasalahan ini.

Apa kata rakan-rakan dari UKRAINE melalui email yang disampaikan,

"JIKA MANCHESTER PROGRAM DI MESIR BOLEH DIIKTIRAF KENAPA TIDAK KAMI DI UKRAINE TIDAK BOLEH DIIKTIRAF KEMBALI?".

Kami yakin kami benar dan kami yakin kami bawakan isu ini bukan dicipta sesuka hati atau mengikut nafsu dari pihak kami.

Blog ini lahir diatas pertentangan dan kebimbangan disebabkan kecelaruan yang dibuat oleh agensi-agensi ini dan DUTA yang semakin hari kian membarah.

SEJARAH YANG DILALUI UKRAINE SEDANG KITA SUSURI SETAPAK DEMI SETAPAK TETAPI KITA TERUS MERABA-RABA DALAM MEMAHAMI OBJEKTIF BLOG INI

Saya ulangi kata-kata sahabat dari Ukraine sekali lagi, "JIKA MANCHESTER PROGRAM DI MESIR BOLEH DIIKTIRAF KENAPA TIDAK KAMI DI UKRAINE TIDAK BOLEH DIIKTIRAF KEMBALI?"

Kita mencari titik penyelesaian dalam berhadapan masalah ini. Selagi penghantaran pelajar baru melalui agensi-agensi haram ini tidak disekat, lambat laun kita bakal menerima nasib yang sama di UKRAINE.

Pada pelajar yang lantang mengatakan agensi ini banyak memberi manafaat, saya akui ia memberi manafaat, TETAPI HANYA UNTUK DIRI ANDA UNTUK TEMPOH INI SAHAJA. Selepas pelanggan baru diterima oleh agensi anda nanti, kita bakal bersama-sama duduk sebaris utk memikirkan dan mengira detik-detik KEHANCURAN MEDIK MESIR.

Wassalam.

P/S - Salam imitihan
- Sebarang makluman atau bukti yang mengatakan blog ini satu penipuan sila emailkan saya. Tak main la sekejap nak jumpa, sekejap tak nak. Sekejap suruh telefon, sekejap taknak beri maklumat.

Agensi 'Menyumbat' Pelajar di Tanta

Berikut iklan yang saya dapati tentang operasi agensi di Tanta.

Peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Tanta, dan Zagazig

Penganjur: Prof Dr. Razali bin Nawawi (bekas Dekan Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
Akademi al-Quran Medik Malaysia
No.7 Jalan 2/1D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
No. tel :03-89262797 / 013-369 0263 / 012-3725353

Dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang mencapai sekurang-kurangnya 4B dalam Matematik Moden, Bahasa Inggeris, Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan.
  1. Pengajian selama 6 tahun.
  2. Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
  3. USD 2000 sebagai yuran pengajian tahun pertama.
  4. Bayaran kemasukan sebanyak RM7000.
  5. Kos sara hidup RM300 sebulan.

Pembiayaan boleh diperolehi daripada pinjaman bank yang akan diuruskan oleh pihak penganjur.

Awas!

Rasanya, yuran pengajian di Universiti Tanta dan Zagazig masing-masing USD8000 dan USD7000 (untuk tahun 08/09).

Bayaran kemasukan RM7000? Kalau daftar terus kepada Kementerian Pengajian Tinggi tak adalah sampai tujuh ribu. Dalam RM 200 sahaja untuk kos penyediaan dokumen.

Warga Malaysia, anda diharap tak tertipu dengan khidmat agensi pendidikan. Adakah wajar mereka menghantar pelajar dan membiarkan mereka terkulat-kulat sedangkan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta dan PERUBATAN Cawangan Tanta yang berpenat-lelah menjaga kebajikan mereka? Adilkah?

Sebelum anda datang, harap hubungi orang berkenaan di Mesir untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir.
Dan ingatan sekali lagi, jangan sekali-kali mendapatkan maklumat daripada Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.

Monday, April 7, 2008

Mendepani Ke Arah Kehancuran Medic Mesir?

Senario tumbangnya penerokaan pengajian perubatan di Ukraine awal tahun 2005 yang lalu bakal diulangi oleh daerah Sahara ini.

Mesir yang selama ini terkenal sebagai negeri 'Jelapang Ilmu' terumata bagi pengajian Islam telah diberi aroma baru dengan kehadiran besar pelajar dalam pengajian perubatan.

Namun kedamaian ini hanya sementara. Lumrah dunia, di mana ada daun yang hijau maka perosaknya pasti ada.

Dimanakan titik kepincangan ini bermula?

Ia bermula dengan satu perkataan iaitu Duta atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Mesir.
Kenapa DUTA? Adakah kerana kehensemannya? Kerana ia bijakkah?

Sesi ini kita dipertemukan dengan seorang Tuan Yang Terutama Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir yang berminda besar tetapi beretika kecil. Masalah bermula dari beliau, memang tidak dinafikan jasa beliau di sini dan kemantapan pengaruhnya di Mesir.

Tetapi beliau perlu sedar dan faham akan bidang tugasnya. Percayakah atau tidak, Datuk Dutalah yang memberi kelulusan dan lesen besar kepada ejen-ejen pendidikan untuk beroperasi secara HARAM dan secara aktif di mesir.

Kenapa saya katakan ia adalah HARAM? Sedangkan Datuk Duta yang luluskan? Bukan daripada Encik Puat JPMK, bukan daripada Encik Yazit bin Kechik iaitu Atase Pendidikan JPMK, tetapi ia adalah lesen besar daripada Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir!!

Merujuk pada pra-syarat yang telah diletakkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) khusus bagi pengajian di TIMUR TENGAH.
  1. Keterlibatan Agensi Pendidikan tidak dibenarkan sama sekali.
  2. Sebarang pendaftaran dan tawaran wajib melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  3. Kursus pengajian yang diberi berdasar ketetapan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan persetujuan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.
Malangnya, semua undang-undang negara ini dilanggar begitu sahaja oleh Datuk Duta yang berkelulusan Al-Azhar ini. Bagaimana seorang berjawatan pegawai tinggi kerajaan melanggar bidang tugasnya bahkan melanggar etika serta undang-undang negara sendiri? Apakah hak beliau lulusan sastera memandai-mandai menguruskan hal ehwal perubatan?

Agenda Melayu bukan lesen besar utk kita bertindak sesuka hati dalam melaksanakan tugas. Negaraku Negara berdaulat, Negaraku Negara bermaruah. Bagaimana teladan besar ini memberi teladan buruk kepada genarasi pewaris negara.

Kes-kes Yang Berlaku

Kisah menyayat hati ini cukup jelas. Pada bulan Julai hingga September tahun 2007, bumi mesir ini sekali lagi menerima penghantaran pelajar bagi bidang pengajian perubatan. Bagi mereka yang melalui JPA dan MARA tidak mengalami sebarang masalah besar bagi hal ehwal penempatan pengajian, kebajikan dan kediaman. TETAPI bagi mereka yang melalui yayasan negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka, dan Kelantan berdepan masalah yang cukup aneh.

Kenapa saya katakannya ANEH?

Hampir 2 bulan berada di Mesir, masih ada pelajar-pelajar daripada Yayasan ini tidak mempunyai tempat untuk pengajian di mana-mana Universiti sedangkan mereka datang melalui kuota atau atas tiket 'G to G' (government to government).

Mungkin ramai dikalangan kita tidak faham apa itu bidang tugas Datuk Duta disini. Beliau merupakan wakil tertinggi bagi kerajaan Malaysia di bumi Mesir dan pelantikan Duta adalah melalui watikah Yang di-Pertuan Agong Malaysia, beliau di taklifkan sebagai wakil diplomatik di atara kedua-dua negara ini.

Mengenai urusan pendidikan dan penghantaran pelajar ke Universiti di luar negara sedikit pun tidak termasuk dalam hal-hal berkait bidang kuasa beliau. Urusan pendidikan dan penempatan bagi pengajian diuruskan oleh Jabatan Pelajar-Pelajar Malaysia Kaherah (JPMK) yang diberikan autoriti dalam tugas ini. Namun, campur tangan beliau dalam membawa masuk pelajar secara tiket sanak-saudara ini jelas melanggar etika kerja dan membela kroninya semata-mata.

Apa kesannya?

JPMK adalah golongan yang pertama yang akan ‘ditembak mati’ apabila pihak pegawai kementerian dan pegurusan negara meneliti gerak-kerja mereka nanti. Kenapa? Kepincangan berlaku adalah di bawah tanggungjawab mereka sedangkan yang membuat onar adalah Datuk Duta kita, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.

Ramai yang terpalit nasib malang dan tuduhan salah guna kuasa sedangkan si pembuatnya sudah siap sedia untuk pencen tidak lama lagi. JPMK, pelajar-pelajar yayasan, pelajar datang melalui agensi adalah rakyat Malaysia jua, tidak ada beza dan darjat. Apakah dengan mendapat belaian Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir anda menjadi begitu istimewa untuk lantang memijak bangsa kita dan undang-undang negara?

Apakah ini disebut sebagai KEADILAN? Adakah 10 rukun ISLAM Hadhari tidak menyebut tentang erti ADIL? Memberi sesuatu berharga kepada individu pilihan dan pada masa yang sama merampas HAK orang Lain.

Saya cukup terpanggil pada mereka yang cukup lantang bersuara di BLOG ini, saya cabar kepada anda sekalian untuk buktikan tuduhan saya ini salah serta nyatakan apakah perbuatan Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir ini adalah ADIL dan HALAL-SEHALALNYA???

Saya mampu senaraikan nama pelajar yang hadir melalui tiket Duta di Universiti Mansurah dan seluruh Mesir. Namun, bagi saya pelajar adalah tidak bersalah, tetapi perancang perbuatan ini (Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir) yang bersalah.

Lambaklah... Lambak lagi, lagi!

Tahun ini dan tahun depan kita berdepan dengan lambakan agensi haram di bumi Mesir ini khususnya Mansurah. Dan tidak hairan jika saya katakan pengiktirafan MMC terhadap ijazah perubatan ini bakal ditarik BUKAN disebabkan piawaian pendidikan di sini yang lemah tetapi piawaian pengambilan pelajar yang tidak MoU, peraturan dan syarat yang sepatutnya.

Mesir bakal berada sebaris dengan Ukraine dan beberapa buah universiti di Rusia dan Indonesia yang telah digam oleh MMC hasil kerja tahi oleh agensi-agensi ini. Bagi mereka yang telah senior dan bakal senior mungkin akan berkata,"takper, batch kami akan lepas jika pengiktirafan ditarik pun." Ini adalah ucapan yang paling sampah dan tidak bertanggungjawab. Apa tidaknya, sedikit pun tidak sensitif dan rasa bersalah jika perkara ini terjadi atas alasan ia tidak kena pada diri sendiri.

Nikmat belajar perubatan ini akan ditarik balik oleh Allah atas kecuaian kita, atas hasil kerja tangan kita sendiri. Dan pada suatu masa nanti generasi doktor lulusan Mesir bakal pupus apabila pintu pengiktirafan ini ditarik balik dan semua ini HASIL KERJA TANGAN KITA yang mandung dan pentingkan diri sendiri.

Agensi Baru Yang Akan Beroperasi di Mansurah

Sebuah lagi agensi pendidikan yang akan menghantar pelajar perubatan ke Mansurah. Syarikat ini akan ditubuhkan di bawah Kumpulan Kelantan Medical Service Sdn Bhd. Syarikat ini menyertai Projek D’Raja Kelantan, salah satu projek yang dibangunkan oleh pihak istana Kelantan di bawah naungan DYMM Raja Perempuan Kelantan Tuanku Anis binti Tg Abdul Hamid.

Pelajar yang istimewa akan memperoleh tajaan pengajian daripada pihak istana.

Agensi ini telah datang meninjau Mansurah pada Disember lepas dan telah mendapatkan khidmat pelajar untuk mencari dua buah flat untuk menempatkan pelajar-pelajar berkenaan. Target untuk menghantar pelajar: pada September 2008 seramai 300 orang.

Syarikat tersebut boleh dihubungi di alamat:
No 1, Lot 197, Seksyen 25,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu,
Kelantan.
Telefon & Faks: 09-7433423
Telefon bimbit: 019-9395602
Emel: drmatsu@tm.net.my

Juga silalah lawati laman web Portal DiRaja Kelantan berhubung penajaan pelajar-pelajar tersebut.

AWAS! Jangan terburu-buru. Mana-mana agensi tidak akan menempatkan kalian dalam MoU 600 pelajar yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Elakkan ditipu.

Sunday, April 6, 2008

Case: How GMN Gain Profit Illegaly

To avoid from accusation of recklessness they had caused after get some of Malaysian students enrolled into Mansurah-Manchester Medical Programme, on 26th of August 2007 (before semi-recognition appeared on 15th February 2008), 157 students from GMN have arrived in Mansurah, Egypt to enroll in MB,BCh programme in Mansurah University for 2007/2008 academic year. GMN has confirmed their enrolment in the University in spite of the truth that there is no guarantee that these students will be accepted to study in the University.

For students to apply via GMN, they have to pay RM 40,949 fee with down-payment of RM 2,500.00. The fee includes obscure database and documentation recording, as well as unnecessary tour package, flight tickets, transportation and accommodation when students arrive in Cairo and Mansurah. The fee also covers welfare service and entry visa for six years even though the students have to pay visa for every year. And there is also no welfare service since GMN has not registered students with any insurance policy.

Students were told at first to have to undergo an Arabic course at UKM on June but they were not told to pay first. But then they were forced to settle RM 7,000 for the course fee plus additional fee for accommodation in UKM later. We do not believe that the agency done this in proper way.

The agency also sell a collection of medical books which costs RM1,100.00 per set. These books however worth nothing since the faculty itself has published their own books to be used in curriculum.

About accommodation, the house rent also too expensive - LE (Egyptian Pound) 1,600.00 per apartment! It is pretty ridiculous since established students have been living in the same area as well with the modest rent around LE400 until LE700 per apartment. Not everybody from them comes from wealthy family and affords their apartment rent. Thus, they decided to report these matters to Dr Muhammad Hussin it was to no avail. Instead, he asked students to obey the clerk instead.

Educational Fee

The international students of Mansurah University have to pay a different rate of educational fee. It was £ (British Pound) 3,000. For medical course, it is £3,600.00 for the first year and and £1,800.00 for consecutive years. As for Mansurah-Manchester Medical Programme, the fee is set to £4,000.00 for the first year and £3,000.00 for the consecutive years. Usually, the students pay for their own fee except those who are sponsored by government (Public Service Department or MARA) as the Malaysian Student Department of Cairo will pay for them.

The company asked for £4,000.00 for medical course fee (note that this is not for Mansurah-Manchester Medical Programme). It is stated in the list of payment from GMN. When the seniors knew about this, they advised students not to pay through GMN because GMN was trying to gain easy profit of £400 per student. This is against trade law and the number £400 is too much. But, students cannot pay their fee because our register is still under Egyptian Ministry of Higher Education’s deliberation.

The Selection of Students

There is legal agreement between Malaysian government and Egyptian government to send Malaysian students to Egypt. The MoU has stated that there is some procedure to follow. As we all know, those who wish to study abroad must get ‘Sijil Sokongan Luar Negara’ (SSLN) from Ministry of Higher Education. Usually Public Service Department, MARA and State Governments and Foundations submit students’ application (it is called ‘filing system’) through Malaysian Ministry of Higher Education. Next, after the ministry has made the selection, they will submit the qualified applications to Office of Foreign Students of Higher Education Ministry of Egypt to get another evaluation and approval to study in al-Azhar University or one of the public universities in Egypt.

It was better not to apply through agency. GMN has guaranteed that such bureaucracy is not going to be a problem. They submitted the files directly to the university to ensure the students' register will not going through basic Office of Foreign Students of Higher Education Ministry of Egypt evaluation in order to avoid rejection. This thing reflects that GMN (and there will be more educational agencies to operate in coming September) has ignored the procedures and basic rules made upon agreement between Malaysian Government and Arab Republic of Egypt Government which states that every application to study in Egypt must made through both Ministries of Higher Education or from both countries.

Unfortunately, the Ministry of Higher Education of Egypt has detected the breaching of these rules by Mansurah University at last and they have taken a proper action by retrieving these files to the Office of Foreign Students to be evaluated thoroughly and to determine whether these students are qualified to study medicine or not. The office has yet to announce the finalization of the register (until this report is written). As a result, the register at the university was suspended and the worst part of it, their recent examination result cannot be issued and they cannot apply for Student Visa. Instead, they were asked to make Temporary Visa every two months. It is quite disturbing to renew the visa bimonthly and the problem is continuous until now.

These actions made by GMN is absolutely against the Egyptian rules and the students have to bear all the consequences left by these agencies.

Conclusion and Suggestions

We are afraid that such actions will affect the established recognition of medical course provided by Mansurah University’s curriculum. And we also afraid that there will be a tendency in Malaysia that everybody is ought to study medicine without proper qualification. If it is, even those who failed their SPM can study medicine! Of course, we do not want this to happen.

We would like to urge the government to take action against these educational agencies. Ex-Higher Education Minister, Datuk Mustapha Mohamed was reported has promised to make amendment of the law regarding educational agencies after several cases involving an agency which sent some students to a medical college in India that not even exist. We are sick of government promises as they not follow-up their promises with action aftermath. All we want is action and stop educational agencies fraud.

We would like also to suggest our government to send postgraduate students abroad, not undergraduates. We think that undergraduate students should be educated in our motherland since these students are still young and have inadequate experience. In fact, our country has more than enough to provide better education at tertiary level. We have good facilities and educational institutions in Malaysia have attracted many students from around the globe. So, we think it is good to send only graduates students either Master or Philosophy Doctor candidates overseas to gain knowledge and share expertise with other countries in specialized field in order to bring our country to another stage of development.

Dear parents and students out there, please do not gamble and put your future in stake. You are advised to always contact the MMC directly for confirmation on the status of recognition of the medical programme since the Schedule B can be outdated and the MMC does not have up-to-date information on a website. Do not rely on what you see on the Public Service Department’s website and certainly not any words from educational agencies. Do not let they suck all your money up and leave you helpless with broken future.

Saturday, April 5, 2008

GMN Is A Scam! See How Ridiculous The Company Is... (Click For Larger View)



Cover page


Amount that is imposed on every student. If you apply directly to Kementerian Pengajian Tinggi, there's no need to pay these much. Through the ministry, not only much cheaper, but you'll be also provided with Sijil Sokongan Luar Negara, which is essential. But GMN student's not only do not get the certificate, their money also 'burnt' just like that...


Do students need to pay for extra luggage charge even though their luggage is not exceeding the limit?


Page 3

Page 4



Page 5



Page 6



Page 7



And finally, the last page...

Pengenalan - Introduction

Salam Sejahtera.

Laman blog ini bertujuan untuk membongkar salah laku dan kepincangan dalam pengendalian pengajian perubatan di Mesir untuk pelajar-pelajar Malaysia oleh pihak yang tak bertanggungjawab iaitu Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir selaku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Mesir dan syarikat yang menyertai komplotnya iaitu Global Medic Network Sdn Bhd (793949-T).

Diharap semua pihak dapat mengambil iktibar agar kegelojohan untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir tidak menyebabkan kita 'diperangkap' oleh segologan individu yang mahu mengaut untung semata-mata yang akhirnya menyebabkan masa depan kita hancur berkecai malah kehilangan banyak duit pula.

Kami juga berharap masyarakat di luar sana iaitu ibu bapa dan pelajar-pelajar tidak semberono memilih agensi yang menawarkan tempat pengajian perubatan di luar negara terutama sekali Mesir dan tidak melalui saluran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kami memilih cara ini untuk membendung kegiatan tidak bermoral Datuk Duta dan syarikat-syarikat agensi. Sebagai akibatnya, mereka terus-menerus menjalankan kegiatan tak bermoral ini di samping mengaut keuntungan secara tidak sah.