Thursday, April 10, 2008

Kenyataan MMC

Waalaikumussalam,

Merujuk kepada pertanyaan tuan, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perubatan Malaysia telah bersetuju mengiktiraf program perubatan peringkat sarjana di bawah program kerjasama Mansoura-Manchester di Mansoura University. Surat mengesahkan pengiktirafan Majlis telah pun dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam pada 5 Disember 2007.

Sekian. Terima Kasih.

Wassalam.

Dr. Wan Mazlan Bin Md. Woojdy
Setiausaha
Majlis Perubatan Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum... Buat pengetahuan pembaca sekalian... Article ini saya ambil di www.globalmedicnetwork.blogspot.com

So Siapa yang berkesempatan, Silalah kita lawati blog ni... mungkin kita akan dapat second opinion... Saya tak menyebelahi maner2 pihak...

Fitnah Terhadap Duta

Saya terpanggil untuk menumpang menulis dalam blog ini kerana melihat berlakunya budaya fitnah menfitnah dikalangan pelajar Islam yang menuntut di Egypt. Ramai yang tidak tahu betapa besarnya peranan Duta Egypt untuk mendapatkan 700 tempat untuk pelajar-pelajar Islam yang menuntut dalam bidang Pengajian Perubatan/Pergigian di Egypt. Pada tahun 2005, hanya sekitar 52 pelajar sahaja yang diterima setahun untuk belajar di universiti-universiti di Egypt namun berkat kebijaksanaan dan kesedaran terhadap bangsa dan umat Islam, Kedutaan Malaysia berusaha memujuk universiti-universiti yang diiktiraf untuk menambah kuota kemasukan kepada pelajar Malaysia. Duta Malaysia terpaksa berjumpa berkali-kali untuk misi memujuk ini bagi setiap universiti dan bayangkan kesusahan yang beliau lalui untuk bertemu dengan 7 buah universiti. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan 700 tempat. Setelah mendapat tempat, beliau perlu memenuhi janjinya kepada universiti untuk menghantar seramai mungkin pelajar Islam kerana perlu ditegaskan bahawa universiti telah membuat persediaan bagi menyambut hasrat membantu Malaysia melahirkan profesional Islam dalam bidang perubatan. Untuk menerima lebih ramai pelajar Malaysia, universiti-universiti ini telah melabur sekian banyak peruntukan kewangan bagi menyediakan makmal, tenaga pengajar dan segala macam kemudahan. Cuba bayangkan jika janji Duta terhadap universiti ini tidak dapat ditunaikan.

Adalah mudah untuk kita menuduh Duta kita dengan pelbagai fitnah tetapi ramai yang tidak sedar betapa besarnya dosa yang dilakukan oleh mereka yang membuat fitnah ini di bumi anbia. Saya tidak dapat bayangkan dosa-dosa ini kerana membuat fitnah terhadap manusia yang begitu murni sifatnya samalah ibarat menfitnah ayah sendiri kerana peranan Duta lah yang membolehkan sebegitu ramai pelajar Islam mampu mengejar cita-cita menjadi seorang doktor. Saya percaya ramai di kalangan anda yang akan menjadi doktor pakar dalam 10 - 20 tahun akan datang. Semuanya bermula dengan insan yang difitnah ini tetapi kita bernasib baik kerana beliau cekal mengorak langkah untuk memajukan anak bangsanya. Beliau tidak pernah meminta walau satu sen pun dari mana-mana agensi tetapi fitnah yang beliau terima maha hebat. Hinanya manusia yang menfitnah beliau sesama Islam lebih-lebih lagi terhadap insan yang begitu berjasa tidak dapat saya gambarkan.

Perlu ditegaskan bahawa JPA, MARA dan agensi kerajaan negeri hanya berupaya menghantar sekitar 300 pelajar. Ini bermakna 400 tempat lagi perlu diisi dengan pelajar swasta. Kita harus bersyukur kerana berkat usaha perundingan dengan Universiti Mansoura, kadar yuran yang ditetapkan dapat diminimakan. Kadar yuran ini membuka peluang kepada anak-anak yang relatif kurang cemerlang tetapi memenuhi syarat kelulusan minima yang ditetapkan oleh Kabinet Malaysia seperti pekeliling tahun 2002. Tidak ramai yang mengetahui bahawa sekian banyak doktor perubatan bukan Islam yang dilatih di Indonesia, Ukraine, Russia dan India mempunyai kelayakan minima yang lebih buruk lagi. Data-data 10 tahun kebelakang boleh menjelaskan hal ini. Bayangkan rakyat Malaysia keturunan India yang hanya sekitar 7% menghantar bilangan pelajar perubatan lebih ramai ke India, Russia, Ukraine dan Indonesia berbanding dengan orang Islam Malaysia. Tidakkah usaha Duta sangat signifikan untuk meningkatkan doktor Islam yang kelak akan merawat anak bangsa sendiri?

Kepada semua anak bangsa yang mendapat manfaat dari insan yang begitu teruk difitnah ini, saya memohon supaya dilakukan solat hajat untuk memberi kesedaran kepada golongan yang menyebarkan fitnah supaya mereka insaf dan bersama-sama membantu Kedutaan Malaysia untuk memajukan anak bangsa. Saya telah meminta GMN mengaturkan Majlis Solat Hajat ini dalam lawatan mereka akan datang dan sama-samalah kita berdoa supaya Allah S.W.T menunjukkan jalan yang benar terhadap mereka yang menabur fitnah.

Untuk makluman semua, saya mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Duta kerana saya pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Hal-ehwal Pelajar KPT yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Penuntut Malaysia di Cairo. Saya merasa malu dan kesal apabila cerita bohong dan fitnah mula menjadi budaya pelajar Islam di Egypt. Sekiranya ada dikalangan agensi yang kurang berkesan, tegurlah agensi tersebut secara berhemah. Saya percaya mana-mana syarikat yang ingin berjaya akan mengambil berat terhadap teguran anda. Janganlah kerana sedikit kecelaruan teknikal, maka Duta difitnah sebegitu rupa dan usaha yang dirintis oleh beliau dimusnahkan.

Wassallam.