Mesir yang selama ini terkenal sebagai negeri 'Jelapang Ilmu' terumata bagi pengajian Islam telah diberi aroma baru dengan kehadiran besar pelajar dalam pengajian perubatan.
Namun kedamaian ini hanya sementara. Lumrah dunia, di mana ada daun yang hijau maka perosaknya pasti ada.
Dimanakan titik kepincangan ini bermula?
Ia bermula dengan satu perkataan iaitu Duta atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Mesir.
Kenapa DUTA? Adakah kerana kehensemannya? Kerana ia bijakkah?
Sesi ini kita dipertemukan dengan seorang Tuan Yang Terutama Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir yang berminda besar tetapi beretika kecil. Masalah bermula dari beliau, memang tidak dinafikan jasa beliau di sini dan kemantapan pengaruhnya di Mesir.
Tetapi beliau perlu sedar dan faham akan bidang tugasnya. Percayakah atau tidak, Datuk Dutalah yang memberi kelulusan dan lesen besar kepada ejen-ejen pendidikan untuk beroperasi secara HARAM dan secara aktif di mesir.
Kenapa saya katakan ia adalah HARAM? Sedangkan Datuk Duta yang luluskan? Bukan daripada Encik Puat JPMK, bukan daripada Encik Yazit bin Kechik iaitu Atase Pendidikan JPMK, tetapi ia adalah lesen besar daripada Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir!!
Merujuk pada pra-syarat yang telah diletakkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) khusus bagi pengajian di TIMUR TENGAH.
- Keterlibatan Agensi Pendidikan tidak dibenarkan sama sekali.
- Sebarang pendaftaran dan tawaran wajib melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
- Kursus pengajian yang diberi berdasar ketetapan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan persetujuan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.
Agenda Melayu bukan lesen besar utk kita bertindak sesuka hati dalam melaksanakan tugas. Negaraku Negara berdaulat, Negaraku Negara bermaruah. Bagaimana teladan besar ini memberi teladan buruk kepada genarasi pewaris negara.
Kes-kes Yang Berlaku
Kisah menyayat hati ini cukup jelas. Pada bulan Julai hingga September tahun 2007, bumi mesir ini sekali lagi menerima penghantaran pelajar bagi bidang pengajian perubatan. Bagi mereka yang melalui JPA dan MARA tidak mengalami sebarang masalah besar bagi hal ehwal penempatan pengajian, kebajikan dan kediaman. TETAPI bagi mereka yang melalui yayasan negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka, dan Kelantan berdepan masalah yang cukup aneh.
Kenapa saya katakannya ANEH?
Hampir 2 bulan berada di Mesir, masih ada pelajar-pelajar daripada Yayasan ini tidak mempunyai tempat untuk pengajian di mana-mana Universiti sedangkan mereka datang melalui kuota atau atas tiket 'G to G' (government to government).
Mungkin ramai dikalangan kita tidak faham apa itu bidang tugas Datuk Duta disini. Beliau merupakan wakil tertinggi bagi kerajaan Malaysia di bumi Mesir dan pelantikan Duta adalah melalui watikah Yang di-Pertuan Agong Malaysia, beliau di taklifkan sebagai wakil diplomatik di atara kedua-dua negara ini.
Mengenai urusan pendidikan dan penghantaran pelajar ke Universiti di luar negara sedikit pun tidak termasuk dalam hal-hal berkait bidang kuasa beliau. Urusan pendidikan dan penempatan bagi pengajian diuruskan oleh Jabatan Pelajar-Pelajar Malaysia Kaherah (JPMK) yang diberikan autoriti dalam tugas ini. Namun, campur tangan beliau dalam membawa masuk pelajar secara tiket sanak-saudara ini jelas melanggar etika kerja dan membela kroninya semata-mata.
Apa kesannya?
JPMK adalah golongan yang pertama yang akan ‘ditembak mati’ apabila pihak pegawai kementerian dan pegurusan negara meneliti gerak-kerja mereka nanti. Kenapa? Kepincangan berlaku adalah di bawah tanggungjawab mereka sedangkan yang membuat onar adalah Datuk Duta kita, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.
Ramai yang terpalit nasib malang dan tuduhan salah guna kuasa sedangkan si pembuatnya sudah siap sedia untuk pencen tidak lama lagi. JPMK, pelajar-pelajar yayasan, pelajar datang melalui agensi adalah rakyat Malaysia jua, tidak ada beza dan darjat. Apakah dengan mendapat belaian Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir anda menjadi begitu istimewa untuk lantang memijak bangsa kita dan undang-undang negara?
Apakah ini disebut sebagai KEADILAN? Adakah 10 rukun ISLAM Hadhari tidak menyebut tentang erti ADIL? Memberi sesuatu berharga kepada individu pilihan dan pada masa yang sama merampas HAK orang Lain.
Saya cukup terpanggil pada mereka yang cukup lantang bersuara di BLOG ini, saya cabar kepada anda sekalian untuk buktikan tuduhan saya ini salah serta nyatakan apakah perbuatan Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir ini adalah ADIL dan HALAL-SEHALALNYA???
Saya mampu senaraikan nama pelajar yang hadir melalui tiket Duta di Universiti Mansurah dan seluruh Mesir. Namun, bagi saya pelajar adalah tidak bersalah, tetapi perancang perbuatan ini (Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir) yang bersalah.
Lambaklah... Lambak lagi, lagi!
Tahun ini dan tahun depan kita berdepan dengan lambakan agensi haram di bumi Mesir ini khususnya Mansurah. Dan tidak hairan jika saya katakan pengiktirafan MMC terhadap ijazah perubatan ini bakal ditarik BUKAN disebabkan piawaian pendidikan di sini yang lemah tetapi piawaian pengambilan pelajar yang tidak MoU, peraturan dan syarat yang sepatutnya.
Mesir bakal berada sebaris dengan Ukraine dan beberapa buah universiti di Rusia dan Indonesia yang telah digam oleh MMC hasil kerja tahi oleh agensi-agensi ini. Bagi mereka yang telah senior dan bakal senior mungkin akan berkata,"takper, batch kami akan lepas jika pengiktirafan ditarik pun." Ini adalah ucapan yang paling sampah dan tidak bertanggungjawab. Apa tidaknya, sedikit pun tidak sensitif dan rasa bersalah jika perkara ini terjadi atas alasan ia tidak kena pada diri sendiri.
Nikmat belajar perubatan ini akan ditarik balik oleh Allah atas kecuaian kita, atas hasil kerja tangan kita sendiri. Dan pada suatu masa nanti generasi doktor lulusan Mesir bakal pupus apabila pintu pengiktirafan ini ditarik balik dan semua ini HASIL KERJA TANGAN KITA yang mandung dan pentingkan diri sendiri.
21 comments:
Assalamualaikum. atas alasan yang macam nilah 'rakyat2' boleh bagi komen : 'korg x kesian ke tengok kerajaan dah byk tolong kita? kenapa kita nak membelakangkan kerajaan?' yang pada dasarnya lebih menghancurkan bagi orang-orang yang berfikir.. wallahua'lam.
dik blogger...mari lantangkan suara kat abg2 mansoura manchester meh...guna blog x sedap...mai lepak2 minum sambil crite masalah besau nie...serius x tipu, sumer bukti kami ada...segala bukti dari mmc ka jpa ka sumer kami ada...tp kena jumpa lah...camner nak masukkan dalam nie pulak...kalo hantar email utk hang sorang watpa...mai jumpa meh...kita bentang sume...sila2 contact mana2 abg manchester...aku sendiri pon laie bagus...jgn gisau takder men cabar2 ka gado2 ka pukul2 ka sumer xdak jgn gisau...tue sumer bdk kecit...nie kita mo dok bincang bek2...x tipu punya...mai2...kami tunggu...
ape kne mengene dgn nadi umno nk wat forum pasal murtad?bia la diorg nk wat aktiviti..pas2 ble mase lak si zulfadhli ni jd pengerusi penaja kelab umno??kelab umno wat psl isu murtad tu utk open kn mnda je..mmg la hukum kate kalo murtad bunuh je..tp ade ke org murtad skang?salah ke nk bincangkn topic tu??lagipon,kelab umno kat sini atas dasar kelab.ape hak kite sbagai pelajar nak berpolitik?cukup matang ke nk cakap pasal politik.blaja la dlu woi bg habis.nak join kelab,join jela.umno 2 skadar name je utk kelab.kalo name umno je politik ek?camtu?ape mentaliti camni?kalo kate datuk duta wat mende sume haram,cbe pk sket ape kebaikan die wat cmni?yg datang dgn agensi ni pon ade je yang memang layak utk wat medic.tp xdapat tempat kat malaysia.tu salah datuk duta ke?kalo tempat kat negara kte ckop,xdenye yg free hair tu sume nk datang kat sini.mesir ni negara jelapang ilmu.jd salah ke kalo yg free hair,xde akhlak tu sume nak datang blaja kat sini?mane tau kot2 datang blaja kat sini lpas tu dapat hidayah berkat kawan dgn ustaz2 dgn ustazah2 azhar.jangan la sbb nak jage imej,mereka yang berkelayakan tapi kurang didikan agama ni kite kate smpai camni.tolong la diorg.bimbing elok2.jangan la diskriminasi.kalo org tu free hair,tp asek kne pandang slack,macam la org tu nak pkai tudung.islam tu tulus.jadi berdakwah la dgn dengan berhikmah.
Admin bile menulis,ambil kira perasaan pelajar2 mansurah dan tanta yg sedia ada... yg masuk dgn saluran yg betul...
students r not to be blamed... try to emphasize more on the agency...
hye..leyh brkenalan amrina hakimi,ni prempuan ke? lg 1 sy nk puji admin lah..ayat yg anda gunekan cukup mantap...bgus!! truskan perjuangan anda... (syafiq,zul,hud,bob,macha,aisa,syakir,afiq,sotd,mawi,sito,rid,fiqy,dene,aiman,rahim,bye///) ktorng nk blaja jgk wat blog ni..dtg la rumah,ktorang buat air sdap2 utk hang....har har harrunnn..
mntap post nih..
just nk bgtau yg sebelah Zainal ngn Dolah tuh member aku dari MML..
hua3
glamor ngko shakir..
mmuahh sayang shakir..
Assalamualaikum.... Saya pelajar perubatan mansurah tahun satu... ni saya nak tanya... Apasal penulis blog tak memperkenalkan diri secara gentelman? kenapa nak sembunyi2? kalau isu yang anda bawak ni adalah relevan untuk kami sebagai student, tonjolkanlah diri...jgn baling batu sembunyi tangan... saya bukan ape, tak tercapai rasenyer akal kalau nama penulis blog ni en. Fairuz... sebab tak kan dia nak buat sesuatu yang merugikan dia... Ape sebenarnya tujuan penulis?
Admin ni ape bende dia tulis nih. Dato Duta sikit punya baik dah tolong dapatkan 700 tempat utk belajor medik. Dulu hanya 52 orang saja dibenarkan. La ni nak hentam orang yang bagi peluang kita belajax. Memang baghal dan unta budak admin yang tulis blog. Duduk di bumi ambia pun buat dosa ka?
Apa nasib pelajar 10A1 di Malaysia yang masih berlambak tidak mendapat peluang utk melanjutkan pengajian perubatan, bahkan ada yang mendapat 10A1 terpaksa melalui sistem Matrikulasi di Malaysia dan pada masa yang sama mereka yang mendapat payung emas dari Duta hanya berbekal 6A (malah, lulusan sastera) beserta surat dan dokumen daripada Duta sudah mampu belajar dalam bidang perubatan di LUAR NEGARA! Wah!
Ni nak komen skit wahai penulis yg pendek akal
Kalau 10A1 insyaallah ade peluang yang diberikan oleh MARA atau JPA untuk dapat sponsor... Semua memang kena interview dulu... Tp student yang dapat 6A ni masih layak pergi ke luar negara dalam bidang perubatan mengikut keputusan kabinet...tu pon ko tak tau ker... layak belajar dengan perbelanjaan sendiri.. apa ko peduli? asalkan layak... ke ko dengki? Eh.. ko tau tak? mak bapak dia org kerja keras utk dapatkan duit utk hantar anak belajar. bukan mcm mak bapak ko...keje malas tp dok asyik nak harap bantuan jer... dia org tu baguih, dah la dapat menjimatkan duit negara (sbb tanggung sendiri). So kerajaan dapat byk lebihan kewangan untuk bantu lagi org miskin... dalam tak sedar mereka ni bantu kerajaan... jgn dok bagi isu bodoh la bro... kalau nak jd kaki pembangkang, abiskan belajar dulu baru masuk politik....
Betul tu anak penarik beca... eh bapak ko kejer tarik beca ker?
A'ah la THU... aku sokong ko... ape tujuan penulis sebenarnya? ni nak tanya ni, ko kalau gentelman, ko bagi tau la diri kau yang sebenar... ko balajar pakai duit sendiri ker loan? kalau loan jgn bising2... tugas ko tu blaja jer... betul ke ni budak medik? ker ko budak agama? kalau budak agama tak payahla nak komen teruk2 GMN tu... aku n family amat berterima kasih kpd GMN sbb bg aku peluang utk blaja medik ni... Setahu aku GMN tak pernak paksa parent aku byr itu dan ini...semua diaorg bgtau sincerely... terpulang pd parent aku samada nak proceed ker tak... semua payment yg GMN buat semua jelas... takde hanky_panky... semua student GMN tau hal ni... kalau tak de bantuan dari GMN, aku mungkin tgh dok buat matrik kat melaka lagi yang maner PNGK belum tentu dpt wat medik... sebenarnya ko irihati, dengki dan hati busuk.... Come onla... GMN tu swasta, bukan kerajaan... tak kan benda mcm tu takleh nak pikir? Cuba ko bayangkan, kalau ko pegi gunting kat kedai, ade ker ko boleh komen braper mamak tu nak charge ko? ko kalau tak suke, ko blah jer la...jgn gunting rambut kat situ... GMN tu buat servis la mangkuk... Bodoh ker aper ko ni? Kalau ko terer sgt, esok kalau sedara ko nak wat medik, ko soh ar dia dtg sendiri kat mesir ni... try mintak seat sendiri...dapat ker tak? ko ni mmg BONGOK la.... itu jer yg aku nak ckp...
Mak ai... marah nampak bang... rilek2.... Biarkan dia...
tphurmmm...aku pun baru jer nak gi nga agensi...tgk2 timbul la plak bnda2 macam ni...hurm..confius...
tapi aku rasa cam stuju jer ngan thu tulis
wahai anak2 melayu,sedarkah kamu kekuatan melayu semakin terhakis di bumi sendiri.Di luar negara semangat pelajar yang suka menikam dari belakang,dan tidak pernah memikirkan implikasi tindakan bodoh dan durjana terhadap anak2 melayu sendiri.Belajar lah dulu.Jangan di lambongkan sangat keputusan 10a yang awak dapat tu.Tak ingat ke kisah sofia yang cerdik tapi gagal dan terjerumus ke lembah yang ../....Bersyukur lah dgn peluang yang ada,samaada dari jpa,mara atau pu duit FAMA atau pun bantuan duta.Jangan kecoh sangat.Saya yakin bebudak yang pakai duit sendiri belajar di sana lebih cemerlang dari bebudak yang perasan bagus dan perabiskan duit rakyat(biasiswa).dan lepas tu dah kaya raya dan berjaya hentam dan kutuk kerajaan sendiri di luar negara.Tak malu ke.
Tak faham saya anak anak bangsa melayu kita ni,dah lah ketuanan melayu semakin terhakis di bumi sendiri,di luar negara pula menimbulkan isu2 yang semakin menghakiskan lagi kekuatan melayu.Memang saya tabik pelajar yang dapat 10a.Ada kah pelajar2 ni layak jadi doktor?Tak baca ke kisah sofia yang gagal jadi ikon melayu walaupun cerdik.
Kenapa dengki sangat pelajar yang di bantu oleh duta belajar perubatan di mesir dengan hanya 6a.Jangan bomgkak sangat.
Mungkin GMN boleh di tegur kerana mengambil komission yang agak tinggi,tapi jangan jejaskan peluang belajar dan cita2 anak bangsa kita nak jadi doktor.Tak tahu ke melambak doktor2 india kita ambil dari india untuk menganti kekurangan dr di malaysia,tak tahu lah dia org tu betul2 dr ke atau penjual ubat je. Jangan lah menyebok sangat menuduh org, beljar dan jadi lah manusia yang berguna dulu. Nak masuk politik pon habiskan blajar dulu
Assalamualaikum... Buat pengetahuan pembaca sekalian... Article ini saya ambil di www.globalmedicnetwork.blogspot.com
So Siapa yang berkesempatan, Silalah kita lawati blog ni... mungkin kita akan dapat second opinion... Saya tak menyebelahi maner2 pihak...
Fitnah Terhadap Duta
Saya terpanggil untuk menumpang menulis dalam blog ini kerana melihat berlakunya budaya fitnah menfitnah dikalangan pelajar Islam yang menuntut di Egypt. Ramai yang tidak tahu betapa besarnya peranan Duta Egypt untuk mendapatkan 700 tempat untuk pelajar-pelajar Islam yang menuntut dalam bidang Pengajian Perubatan/Pergigian di Egypt. Pada tahun 2005, hanya sekitar 52 pelajar sahaja yang diterima setahun untuk belajar di universiti-universiti di Egypt namun berkat kebijaksanaan dan kesedaran terhadap bangsa dan umat Islam, Kedutaan Malaysia berusaha memujuk universiti-universiti yang diiktiraf untuk menambah kuota kemasukan kepada pelajar Malaysia. Duta Malaysia terpaksa berjumpa berkali-kali untuk misi memujuk ini bagi setiap universiti dan bayangkan kesusahan yang beliau lalui untuk bertemu dengan 7 buah universiti. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan 700 tempat. Setelah mendapat tempat, beliau perlu memenuhi janjinya kepada universiti untuk menghantar seramai mungkin pelajar Islam kerana perlu ditegaskan bahawa universiti telah membuat persediaan bagi menyambut hasrat membantu Malaysia melahirkan profesional Islam dalam bidang perubatan. Untuk menerima lebih ramai pelajar Malaysia, universiti-universiti ini telah melabur sekian banyak peruntukan kewangan bagi menyediakan makmal, tenaga pengajar dan segala macam kemudahan. Cuba bayangkan jika janji Duta terhadap universiti ini tidak dapat ditunaikan.
Adalah mudah untuk kita menuduh Duta kita dengan pelbagai fitnah tetapi ramai yang tidak sedar betapa besarnya dosa yang dilakukan oleh mereka yang membuat fitnah ini di bumi anbia. Saya tidak dapat bayangkan dosa-dosa ini kerana membuat fitnah terhadap manusia yang begitu murni sifatnya samalah ibarat menfitnah ayah sendiri kerana peranan Duta lah yang membolehkan sebegitu ramai pelajar Islam mampu mengejar cita-cita menjadi seorang doktor. Saya percaya ramai di kalangan anda yang akan menjadi doktor pakar dalam 10 - 20 tahun akan datang. Semuanya bermula dengan insan yang difitnah ini tetapi kita bernasib baik kerana beliau cekal mengorak langkah untuk memajukan anak bangsanya. Beliau tidak pernah meminta walau satu sen pun dari mana-mana agensi tetapi fitnah yang beliau terima maha hebat. Hinanya manusia yang menfitnah beliau sesama Islam lebih-lebih lagi terhadap insan yang begitu berjasa tidak dapat saya gambarkan.
Perlu ditegaskan bahawa JPA, MARA dan agensi kerajaan negeri hanya berupaya menghantar sekitar 300 pelajar. Ini bermakna 400 tempat lagi perlu diisi dengan pelajar swasta. Kita harus bersyukur kerana berkat usaha perundingan dengan Universiti Mansoura, kadar yuran yang ditetapkan dapat diminimakan. Kadar yuran ini membuka peluang kepada anak-anak yang relatif kurang cemerlang tetapi memenuhi syarat kelulusan minima yang ditetapkan oleh Kabinet Malaysia seperti pekeliling tahun 2002. Tidak ramai yang mengetahui bahawa sekian banyak doktor perubatan bukan Islam yang dilatih di Indonesia, Ukraine, Russia dan India mempunyai kelayakan minima yang lebih buruk lagi. Data-data 10 tahun kebelakang boleh menjelaskan hal ini. Bayangkan rakyat Malaysia keturunan India yang hanya sekitar 7% menghantar bilangan pelajar perubatan lebih ramai ke India, Russia, Ukraine dan Indonesia berbanding dengan orang Islam Malaysia. Tidakkah usaha Duta sangat signifikan untuk meningkatkan doktor Islam yang kelak akan merawat anak bangsa sendiri?
Kepada semua anak bangsa yang mendapat manfaat dari insan yang begitu teruk difitnah ini, saya memohon supaya dilakukan solat hajat untuk memberi kesedaran kepada golongan yang menyebarkan fitnah supaya mereka insaf dan bersama-sama membantu Kedutaan Malaysia untuk memajukan anak bangsa. Saya telah meminta GMN mengaturkan Majlis Solat Hajat ini dalam lawatan mereka akan datang dan sama-samalah kita berdoa supaya Allah S.W.T menunjukkan jalan yang benar terhadap mereka yang menabur fitnah.
Untuk makluman semua, saya mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Duta kerana saya pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Hal-ehwal Pelajar KPT yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Penuntut Malaysia di Cairo. Saya merasa malu dan kesal apabila cerita bohong dan fitnah mula menjadi budaya pelajar Islam di Egypt. Sekiranya ada dikalangan agensi yang kurang berkesan, tegurlah agensi tersebut secara berhemah. Saya percaya mana-mana syarikat yang ingin berjaya akan mengambil berat terhadap teguran anda. Janganlah kerana sedikit kecelaruan teknikal, maka Duta difitnah sebegitu rupa dan usaha yang dirintis oleh beliau dimusnahkan.
Wassallam.
Bang,boleh abg ceritak secara jujur tntg program medoc mesir ni?
Post a Comment