Tuesday, April 8, 2008

Agensi 'Menyumbat' Pelajar di Tanta

Berikut iklan yang saya dapati tentang operasi agensi di Tanta.

Peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Tanta, dan Zagazig

Penganjur: Prof Dr. Razali bin Nawawi (bekas Dekan Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
Akademi al-Quran Medik Malaysia
No.7 Jalan 2/1D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
No. tel :03-89262797 / 013-369 0263 / 012-3725353

Dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang mencapai sekurang-kurangnya 4B dalam Matematik Moden, Bahasa Inggeris, Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan.
  1. Pengajian selama 6 tahun.
  2. Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
  3. USD 2000 sebagai yuran pengajian tahun pertama.
  4. Bayaran kemasukan sebanyak RM7000.
  5. Kos sara hidup RM300 sebulan.

Pembiayaan boleh diperolehi daripada pinjaman bank yang akan diuruskan oleh pihak penganjur.

Awas!

Rasanya, yuran pengajian di Universiti Tanta dan Zagazig masing-masing USD8000 dan USD7000 (untuk tahun 08/09).

Bayaran kemasukan RM7000? Kalau daftar terus kepada Kementerian Pengajian Tinggi tak adalah sampai tujuh ribu. Dalam RM 200 sahaja untuk kos penyediaan dokumen.

Warga Malaysia, anda diharap tak tertipu dengan khidmat agensi pendidikan. Adakah wajar mereka menghantar pelajar dan membiarkan mereka terkulat-kulat sedangkan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta dan PERUBATAN Cawangan Tanta yang berpenat-lelah menjaga kebajikan mereka? Adilkah?

Sebelum anda datang, harap hubungi orang berkenaan di Mesir untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir.
Dan ingatan sekali lagi, jangan sekali-kali mendapatkan maklumat daripada Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.

31 comments:

raredour said...

Assalamualaikum...


"orang CINA & INDIA da lama buat bnda2 ni..tapi x dak sapa pun nak kata paa...kita buat skit..da kena camni..kita bukan nak buat maksiat pun...nak tolong orang MELAYU ISLAM gak..."
quoye from some one just now...

walpun mgkin betul apaa yang admin cakap..tapi saya rasa biar berlapik sket..sebab da rmai yang ikut agensi..jangan pakai hentaam gitu jer...cakap elok2..dorang susah2 guna duit mak bapak dorang..bukan sume kaye lak tu...cakap biar ada orang gaya agama n "medic" sket...kalu tul le..

...saya yang nak gi ni pun jadi ..confiusss giler neh..moga2 ALLAH tunjuk yang betul dan permudh yang manaa TERBAIK..ameen

anyway,thanx n JAzakallah to admin for d information if the information is purely TRUE...

Wallahualam...

hannahsahimi said...

what's ur problem?
everybody deserve a second chance..
kalau kau tak puas hati,senyap sudah arr!!
pe hal?
jealous?
bukannya gagal sekali bermakna gagal selamanya!
fuck off with spm result..it's just a piece of paper.
ada orang excellent spm,tapi lepas spm hampeh..jadi penagih dadah pon ada.
orang nak berubah..let them be!
they have money.
sukati diorg la nak guna duit tu untuk apa!
they can fucking pay the fees.
u dont have the fucking money.
so shut the fuck up!

muhammad nazrul syazwan bin kamarul ariffin said...
This comment has been removed by the author.
muhammad nazrul syazwan bin kamarul ariffin said...

bhs terbaru dak medic slain "bodo,babi,lancau,bongok dll"[yg ni sume leh didapati dlm chat box] adelah "fuck off,fucking,fuck up.."

sekian utk words of the day

indahnye bhs..

Effy Saiful said...
This comment has been removed by the author.
Effy Saiful said...

hmmm...i heard about this earlier, that the agency is offering students to do medicine in al-azhar univ..

frankly speaking, u might wanna consider admission to al-azhar if your spm result is 10As below..

u lain boleh la kot nak try.. tp u azhar x payah la.. bg peluang yg betul2 nak masuk, bukan masuk sbb dah x de pilihan lain..

to hannahsahimi, mind ur language.. is this how u want malaysian people to picture medical students in egypt? particularly in mansurah?

ahmad baihaqi Saharun said...

salam alaikum...

yang kasar dibalas kasar
yang bunuh dibalas bunuh..itu qisas..
tp yang bersabar pula itu ciri2 mukmin..dan mukmin sejati pula membalas kekasaran dengan kebaikan..

wahai admins..

ku buka kata2 ku dengan kalimah puji-pujian kepada mu yang memberi dan aku sebagai hamba kepada yang Satu menerima dengan rendah hati tanpa mengira serangan dari sudut emosi..

kiranya kalau masalah dinyatakan dgn izhar dan bukannya berselindung dan menjatuhkan mana2 individu maupon agensi..kan lebih bermakna dan tidak mnimbulkan perbalahan antara kita muslim yang sudah retak ikatannya dari dulu lg..


kesulitan pertama-

program manchester-mansoura yang tak diiktiraf

kegagalan mndapat pengiktirafan memang salah agensi..tp knapa nak mngutuk semua agensi2 lain??

kemudian memberi impak negatif kepada student2 lain yang tak bersalah...

salah ampa gak....sape suh takkaji awal2..

kesulitan kedua-

kemasukan pelajar2 melalui agensi mnyulitkan pelajar2 private membayar sewa rumah kerana sewa dinaikkan..

bukan salah agensi tetapi inilah strategi pemasaran..apabila pemintaan makin tinggi harga makin meningkat.

adakah nak disalahkan penuntut2 melalui agensi?

mereka rasenye lagi bersusah payah dari mane2 plajar tajaan mara atau jpa~

ade antara mereka result cemerlang cuma tak bernasib baek dipilih mara atau jpa~
mereka memilih jalan yg lagi memakan wang- (melalui agensi)
tak macam dak2 sponsored..sume ditanggung-
ade gak anak2 penoreh getah yang menjadikan agensi sebagai alternatif untuk mengambil medik di mesir..kerana ingin berjaya.sampai sanggup mengambil loan bank sampai beratus ribu.

sedarlah~~jgn kerana nila setitik program manchester~ boleh menghemburkan segala kesalahan pada pelajar2 mansourah atau pon semua pelajar agensi2..
mmg btol, itu salah agensi..
salahkan agensi!
tp jgn menimbulkan prejudis terhadap pelajar2 yg pegi melalui agensi2...

kesulitan ke3

akhlak pelajar gmn atau pon agensi laen tampak bekecai dimata masyarakat melayu mesir ,

tp bukankah semua melayu disana muslim?

ingatkah kamu ?
Bukankah Nabi SAW yang mulia telah memperingatkan, seorang muslim dengan saudara muslimnya umpama sebuah bangunan yang tersusun kukuh? Di Antara satu bata dengan bata yang lain, mungkin berbeza dari segi kekuatan materialnya, tetapi lihatlah bagaimana mereka saling melengkap, saling memperkuat dan saling mengutuhkan seluruh bangunan yang mereka bina bersama itu. Di antara dinding yang terbina dengan bata, dengan tiang-tiang bangunan, dengan bumbung, sungguh berbeza dari segi komposisi kekuatannya, tapi justeru kita tidak mengenali mereka, melainkan sebagai sebuah bangunan, demikian antara mereka saling memperlengkap dan memperkuat sebahagian lain, hingga benar-benar jadi “bunyanul marshus” yang diucapkan oleh Nabi kita tadi.

jadi..
salah siapa?
jgn diabaikan mereka...
bimbing mereka
bukan diperlekeh-(menurut shoutbox-kutukan kepada plajar2 agensi dr sudut akhlak)

yang keempat~

pelajar agensi rata2 bukanlah secemerlang plajar tajaan-

Malaysia menetapkan requirement yg amat tinggi kerana takot2 ada plaja yang pulang tanpa ijazah dalam jurusan perubatan~
tp, salahkah mereka?
apa spm tu penentu segalanya?
dah mak bapak dierang nak anak jd doktor..
kuarkan la duit dr poket..
jgn pulak nanti, yang bermewah2 dgn tajaan mara or jpa yg cam anak emass tidak cemerlang~~malula~

mungkin kita boleh andaikan consequences kalau2~ lambakan pelajar medik mesir yang pulang ke tanah air nanti jd doctor kelas bawahan kerana ade penyelewengan dr segi kelulusan(dgr cite ade kes bayar untuk lulus)
tp~ bukan ke itu antara dia dgn tuhan~ kepada yang mengetahui siapa tegahlah dia-
dan jgn pula main tuduh menuduh~~

kami sama2 ingin mencari ilmu~~
jd jgnla sama2 mempersusahkan antara kita-
jgnla berjasad manusia berotak siput-
atau pon berhati lembu- jgn dengki kepada yang lain-masing2 ade cerita hidupp yang akan dierang lakarkan sndiri.

maaf kalau terkasar bahasa-..

yg salah mmg salah
tp yang salah itu jgn diperbesarkan salahnya..
kalaupon yang salah itu benar2 salah..marilah sama2 cari jalan penyelesaiannya..bukan menuding jari atas kesalahan orang lain.atau memberikan impak negatif kpada org lain yang berhasrat kesana...bukan salah memberi amaran, cuma biarlah berhemah pada tmpatnya ..barulah adil kepada semua..

salam alaikum

khairulDanial said...

"perjalanan insan masih jauh kehadapan"
semua itu adalah fenomena biasa, yang perlu dikaji semula dari segala aspek yang memungkin kesalahan.

Tapi kepada owner@admin hope penggunan kata tuju yang jelas ttg permasalahan ini perlu diperjelaskan, kerana emosi seorang insan bukan seperti emosi sebuah robot. Mereka akan sering memikirkan dan terfikir kenapa, dan mengapa jadi begini.

Jangan tertalu optimis dengan 'result spm' adakah 12A,10A..sudah menjamin kejayaan dalam lapangan medical,kene ingat semua itu hanyalah "stepping stone".
Jauh lagi nak berjalan wahai sahabat. Jauh lagi. Andaikata artikel kamu berbaur kebencian, rawatlah dengan memikirkan dengan lebih rasional. Mungkin pelajar pelajar yang kurg cemerlang dikatakan tidak boleh berjaya dalam lapangan perubatan.."siapa tahu masa depan kamu"..everythings can happens..!!kepada yg lain jgnlah mengambil semua ini dengan negatif sekali,anggap la ini satu cabaran utk membuktikan siapa lebih baik dengan sihat,
sebelum membuat keputusan atau membuat pilihan ambil masa dengan sebaik mungkin fikirkan dari semua aspek yang terlibat.

semua orang boleh berjaya berikan mereka peluang. kepada yang telah bersalah jgn difikirkan lagi bawa-bawa la berubah seifiniti pun xkan rugi.

Seruan kamu perlulah jelas admin@owner, nampak apa sebenar silapnya, kerana mungkin boleh menyebabkan seorang insan itu bingung. Kamu seorang yang hebat dan lantang bersuara tapi biarlah berpada,.

Majulah ISLAM di muka Dunia, InsyaAllah kita bersama semarakkan syiar ISLAM di atas muka bumi ini..'TAKBIR'

hannahsahimi said...

scuz me?
its not the word that hannah sahimi saying..but the rudeness uf the one who wrote this blog telling us that gmnians are rude..free hair n all..
well..
think again!
we are d gmnians proud to be a gmnian..
ppl nowadays bole je nak std nwer n weneva they like..
were not the old msians..
kne std kat msia je..
we want variety!
i got the money!
y cant i use them to stdy here in mansoura?
if ure an open minded..
why cant u think positively..
y gmn hantr us here..
were togthr as msians kan
supportla each othr..
xkan kalau nak bljr kat msia nak harap str8 a's je n nak kne thru jpa or mara..
skrg msia dah maju n dah ramai org kaye raye!

written by afifah hidayah.

mujahidah said...

sy geram sgt n nk ckp psl isu ni..
encik admin....
cube la call prof razali tu sendiri..
klu nk salahkn prof razali tuh..
sila la siasat dlu kwn2..
beliau ni da tua..
plus beliau ni buta taw x??
org buta sng je nk dipermainkn,dipergunakn...

knape nk kate prof ni ejen??
duit pndahuluan tu xde se sen pn masuk poket dia tau x..??
sila la kenal dlu prof tu orgnye cmne..
bru ley ckp mcm2..
so klu nk slhkn sape2, sila la slhkn duta jek...
duta tu mcm gunekn prof ni...
sy tegaskn skali lagi..prof bkn agensi yg sumbatkn plajar ke tanta..duta yg head this thing..~

bkn nk backing sape2...
tp blog awk ni, ade yg betul, ade yg x betul...
nk siasat g tnya sendiri dak2 yg g under prof razali...
pastu lagi..iklan tu toksah la dok perdaya readers...
iklan tu da naik kat uia mse final exam matriks uia lagi..
xde tulis yuran 1st sem = USD2000.
jgn la reka crite pulak...ssh la cmni..
nk jd wadah berita btul ke nk fitnah org??

iklan tu pulak..bkn ttg tanta je ok..
dia nk 300 org plajar sesi 08/09,
100 head to azhar,
100 head to tanta,
and another 100 head to zaqaiq..
so bkn isu sumbat tanta ye..
ni isu sumbat ke mesir...
tuka title post ni..
sy x suke org fitnah tanta cmtu..

tanta tgh aman, so jgn wat kecoh kt sini..jgn sbbkn bnde ni, junior tanta gado2 ngn senior2 tanta...

blog ni xkn bwk ape2 makne klu hnye awk ckp2 cmni...gi jmpa duta tu..ckp trus trg ngn dia..ni ckp blakang..takut kne hntr balik msia ke?? kalau takut ngn risiko..jgn mulakn bnde yg timbulkn perbalahan cmni...sy mohon saudara...atas nama persaudaraan islam, selesaikn bnde ni elok2..sy pn nk bnde ni settle a.s.a.p!!exam around d corner..ma3aleisyh slh silap..tegur sy mane slh~ (T_T)

aSRaP said...
This comment has been removed by the author.
aSRaP said...
This comment has been removed by the author.
mujahidah said...

menambah kpd yg dipost td...
prof tu yg bayarkn yuran pengajian bbrp senior tanta gak..
alhamdulillah yg dtg private thn lepas da dpt tajaan masing2..
pstu prof ni bkn pilih sebarangan org utk dihantar ke tanta ni...
yg dtg under dia..dak2 yg dah pun blaja kt uia..ade yg dr DQ lagi..
kt uia bkn course sebarangan gak..
bdk pharmacy,allied health, biosc
bkn bodo sgt..mgkin la x sepandai n x senaseb baik dpt rezeki jpa n mara..
tp, kami dah dtg ni..bntu la sedaya mana...
nk halang,halang la yg akn dtg ni..
gi direct ckp ngn KPT,suh halang flight2 yg hntr dak2 scr haram ni..
yg da dtg ni, mak ayah ade jual tanah, jual rumah, jual pusaka nk hntr anak2 diorg..
nk serabutkn lagi ke ngn mslh2 cmni??
(bcakap mgenai tanta shj..)

bkn nk blagak..
sy nk korg tnya dak tanta,
sape yg dpt mumtaz uni tanta last year?? dak jpa??mara??
bdk private yg dpt mumtaz..
so,dia bodo ke??
plus, tahun ni dia dpt tajaan mara dah..
so pe kene ngn private ni x satu standard ngn jpa??

spm ke yg tentukan mase dpn kite??
di malaysia mgkin ye..
di mesir, bumi anbiya ni,
allah x pilih org sebarangan nk dok mesir ni...
yg bnr2 layak je..,
pcaye la pd janji tuhan,
dia xkn uji kami ni ngn ujian cmni klu kami x mampu hadapi bnde ni..
smua dah bsr..mampu pk mane baik buruk utk life dia..

kami dak2 tanta, akan buktikn kami pn ley bjaya..ley sama duduk,sama diri ngn dak2 jpa n mara yg lain..

rakan2 yg senaseb, sy minta agar kalian smua tnjukkn yg kite ni bnr2 layak dduk mesir ni..
yg kite ni bnr2 mampu bwk medic..
yg kite ni bnr2 allah da pilih utk hadapi dugaan bumi mesir..
jgn ponteng kls tafaqquh,medic2 gak,
alhamdulillah yg penting medic tanta mmpu lagi kekalkn kehadiran dlm kls2 yg DPMT anjurkn..tahniah buat kalian..mujahadah kite sukar sikit kan??tp xpe..usaha byk2 n doa jek..let ALLAH do the rest..mesyi?? ;)

oh ya..xmo komen ttg rakan yg dr agensi kjaan??or say...kjaan yg nk hntr plaja ke sini but x lalu KPT??bnde ni dtg dr mslh kt msia sndiri..bkn slh plaja..gi ckp ngn kjaan msia..yg duk kt putrajaya tu..pegi la..~ ("(^_^)")

muhammad nazrul syazwan bin kamarul ariffin said...
This comment has been removed by the author.
abdul said...

KEPADA ADMIN DAN PENYOKONG2 NYER
dgr sini yer..
adik 1st year nak bercakap sikit leh?
dah banyak sgt adik 1st year nih bg abg2 senior nih bercakap..dah jemu plak adik dgr abg oi..
cuba la abg2 jadi macam senior yang saya kagumi yang belaja kt mansoura ni ye...adik 1st year siap ader lagi name2 diorg yg btol2
xder hasad dengki..cuba la jadi macam firdaus yg dpt mumtaz tu..mcm pesa ke,jd mcm lah ke?
kan??
ni tak..
pandai plak bwat blog ye?
tepuk tangan sikit untuk admin ni everybody..sekali jer jgn byk2..
saya nak gtaw skit..
saya dulu spm x pandai sgt..
so saya masuk la matrikulasi melaka smpai abes n dapat result..sblm msk matriks pon saya ader dpt interview kt utp
tp dah xde rezeki kan nak bwat cmne?
so terpaksela blaja dgn tekunnye kt matriks
result pon boleh tahan la walaupon kurang dari 4 flat..
abg2 blog ni penah masuk matriks x?
senang x blaja kt matriks?
kompem abg2 x taw cne rasa blaja kt matriks tu..
kalo abg2 dpt 4 flat kt matriks tu boleh la abg nak berlagak..try kite masuk matriks same2..
adik 1st year ni nak tgk abg boleh x lawan ngan result adik 1st year nih..
pastu ader la counselor yang prihatin kt pelajar2 matriks melaka ni cdgkn saye apply untuk dtg mesir melalui ejen yg x lain x bukan GLOBAL MEDIK NETWORK..counselor saya tu name die encik AZMAN..g la lawat die kt matrik melaka..
die dah selidik dah antara agensi2 yang dtg promote servis diorg kt matriks melaka ..so die pilih la global medik..tu yang paling murah kos die..
walaupon ader kekurangan die tp atleast masalah tempat blaja n tmpt tggl kitorg kt sini xde la sgt..
lps tu saya ckp la kt family yang saya nak dtg belaja sini sbb upu saya dapat kt uitm lps matriks..kosnye sains kimia..tp cita2 saya nak jadi doktor..
family saya kerja kg je pon..
tp diorg sggup..
alhamduliillah lps tu kakak saya plak baru dpt kerja sebagai cikgu..
so die la yang bersusah payah buat pinjaman dari bank untuk byr yuran 1st year kt sini..
tp saya kcewa la dgn sikap abg2 yang gile blog ni kan..
saya x boleh terima bile abg2 admin yang terlebih ilmu dan kehenseman die ni menghina2 adik2 1st year ni..
saya anggap korang ni menghina family saya especially kakak saya ni..mmg saya pantang org yang hina kakak saya.."fuck off 4 that"
DAN kepada MUHAMAD NAZRUL SYAZWAN dan EFFY SYAIFUL yang ade dalam ruangan COMMENT ni..
saya tengok gaya cakap tu ader islamic tapi ader sifat riak dan berlagak..
saudara kena igt
kalo ader sikit riak dalam diri kite takkan sejahtera kehidupan saudara..
saudara jgn igt saya x reti agama..ayah saya guru alquran kt kg tu..tp die x ajar saye jd hasad dengki..
sekolah pon saya sekolah kt sekolah agama
so bile korang cakap indahnyer bahasa budak medik 1st year ni(dalam nada perli saudara tu)meh sini kite cakap depan2..
best sikit saya nak cakap fuck off kt saudara..
saudara pon esti suke dgr perkataan tu dari saya ni..
meh sini meh..
mmg tu cara saya protes bile ader org yang cuba nak jatuhkan saya dan juga sahabat2 saya ni..
org islam yang hasad dengki ni la yang jatuhkan zaman kegemilangan kerajaan islam ni dulu..
bagus la kalo ramai yang dtg menuntut ilmu kat sini..
lagipon kalo diorang x smbung blaja kt sini nnt bertambah plak masalah penagihan dadah sume kt mesia tu?
abg2 yang gile blog ni nak ke tgk2 bangsa sendiri jadi macam mayat hidup?
sudah tentu anda tidak mahu kan?
panjang sgt la plak comment ni..
boleh bwat blog nih..
btol x saudara admin?
dan rakan2 yang sewaktu dgnnyer?
sokong la lagi blog nih..
semoga allah merahmati anda ye?
fuck u all the bullshit..
org cm korang ni la yang jd kmbing hitam dalam masyarakat kt mansoura ni..
aku peduli ape korang dah berapa lame dok sini..
jangan nak bwat taik ngn kitorg..
bubbye!!!
assalamualaikom

Effy Saiful said...

adeh..ginila jadinye kalau berckp berdasarkan emosi...kami senior cuma nak mengingatkan junior semua...tp bila niat baik dah disalahfahami,susah la nak ckp..nak main fuckoff2 la plak..hasad dengki x de, tp menyakiti hati muslim yg laen..

sudah2la tu korg ni..jgn emotional sgt..fikir elok2..jgn dipengaruhi sifat marah n dengki..

jgn bangga dgn result junior yg lg cmrlg dari senior2 tu..bak kata senior saya, cuba bg diorg blaja medic dlm bahasa arab mcm kami.. tgk boleh x dpt cmrlang mcm skrg ni ke x..

muhammad nazrul syazwan bin kamarul ariffin said...

yay~sdapnye kene maki dgn 4 huruf tu..paling sedap dgr ayat "semoga allah merahmati anda ye?
fuck u all the bullshit.." dekat je name Allah dgn makian tu

mntak maaf byk2 kepada kwn2 yg terasa dgn komenan2 sblom ni..general je komenan tu..takde tuju kat kwn2 GMN pon..cume tak minat dgn makian2..tu je..kalo tu pon dianggap besalah,saye mohon maaf

smoga selesai dgn mudah sume urusan di mansourah ni..buat member2 aku yg GMN jgk,mawi,DD,sito,aiman, dll yg aku dh lame kenal,mahupon br kenal,aku wish korg good luck n pray hard ok...kullu kheir insyaAllah

abdul said...

Saudara EFFY SAIFUL
saya sebenarnye malas nak anta lagi komen kat sini
tp untuk menjawab kemusykilan yang saudara utarakan tadi saya tulis la gaya ala2 blog kat sini lagi sket ye?
saya tau kekurangan saya tu
saya mintak maaf la kalo anda x suke saya cakap words yang x berapa sedap didengar tu ye?maalij
tapi saudara kena la paham situasi sekarang..
saya plak yang berlagak ye?
come on la
saya story bnda2 tu sebab saya nak bg abg2 yang ader bakat jadi penulis blog ni paham betape susahnye kitorang belaja kat mesia dulu sebelom dapat datang sini..
yang dalam menatang blog tu si admin ni gi bantai tulis yang kitorang senang2 datang mesir ni pe kes?
dah gatal sangat nak kena terajang?
saudara tuduh saya bercakap gunakan emosi??
saudara igt bercakap menggunakan fikiran semata2 tu baik la ye?
takde sape di kalangan student yang betol2 bercakap menggunakan mata hati yang bersih...
percaya la cakap saye nih
jangan bajet diri kite ni bebas dari emosi...
hipokrit sangat tu
kalo saye ni ikutkan emosi saudara pon same
pastu pasal belaja dalam bahasa arab ni
saudara toksah la nak berbangga ye?
mmg btol bahasa arab tu susah dan bahasa alquran
tapi saudara kena igt berape kerat je org arab yang btol2 bagus
orang alim kt mesia lagi bagus tau?
xkan la saudara nak jadi mcm org arab kan?
jangan plak saudara nak cakap saye ni menghina bangsa rasulullah...
tidak sesekali
dah pihak universiti mansoura ni dengan rela hati nak ajar dalam bi alhamdulillah la kan?
xkan tu pon nak dipersoalkan
so skunk cakap kt saye sape yang lebih matang?
cakap tu kalo boleh cakap yang penting2 je
ye?
bubbye...
assalamualaikum
waialliqa'

Effy Saiful said...

komen anonymous mmg la best..boleh ckp ape je yg kite nak..bebudak skrg ni dah x kire senior junior dah..dia main pukul rata je..kami ni ada je yg x puas hati / marah dgn senior kadang2..tp kerana hormat & nak menjaga hubungan baik, x pernah pun keluarkan kata2 kesat dsb..

maaf kalau ada menyakiti hati mana2 pihak..saya doakan agar kes ni selesai dgn cara baik, jauh dari caci maki..wassalam

caulfield said...

MY PIECE OF MIND

Hi, its kindda interesting of wut u've said there. From my point of view, the university itself must stated the exact total number of new international students that they allowed to study in their university every year.It is very unfair if you just blame the company itself just because theyre trying to help the students to achieve their dreams. I percaye that the company will stop sending students to that university if they were told by the univesity that the application is closed.

Yes i agree with you..there are heaps of students2 yg cemerlang in Malaysia that couldn't get the oppurtunity to study in this critical course. But u have also to keep in mind, that all the self sponsored students (students yg pay with their own money), they actually spend a lot of money to do this course. I believe that they are not stupid and i believe that they are capable to do the course. If they don't feel confident of themselve, why would they want to spend that amount of money to do something they can't do kan?.So mesti la diorang pon dah nilai and tahu their tahap and smpai mane diorang boleh achieve.

Thank you..Cheers

boomboy said...

sebenarnya prof razali banyak tolong pelajar melayu dan pelajar sekolah agama.bagi aku pergi melalui agen ni bagus n menguntungkan org melayu.ramai pelajar yg wat medic kat mesir tajaan mara atau jpa tak dpt biasiswa pada tahun kedua.kenape perkara ini boleh terjadi? ianya kerana jpa lebih utamakan pelajar SBP dan sekolah kerajaan.walaupun mereka dpt spm tak tinggi sangat n temuduga pun tergagap2 dpt boleh dapat tajaan tapi pelajar sekolah agama yg dpt result tinggi n temuduga petah bercakap masih tak dapat tajaan.begitu juga dengan mara yg lebih mengutamakan pelajar MRSM.akibatnya ramai pelajar tajaan JPA n MARA dapat result yg mengecewakan.mereka perlu sedar belajar kat u tak macam kat sekolah MRSM dan SBP.kat MRSM n SBP cikgu mereka ajar camner nak jawab soalan SPM n kadang2 siap bagi soalan SPM.itulah punca ramai pelajar tajaan MARA n JPA tak dapat biasiswa krn reslt rendah.sebaliknya pelajar yg pergi melalui agen semangat nak belajar n mereka dah biasa belajar sendiri tanpa disuap oleh guru.akhirnya ramai pelajar bwh agen dpt biasiswa pd tahun 2.jadi aku memang sokong la n berterima kasih kpd agen n duta sbb banyak bantu pelajar melayu ISLAM .

Effy Saiful said...

ramai yg beralasan, "Kami ada duit..sukati kami la nak bayar untuk buat medic kat mesir.." ataupun, "kite kan sesama Islam..kenapa nak berhasad dengki?biarlah dia nak pakai agen ke ape..asalkan same2 dpt jd dr.." "Kami keputusan bagus, cuma x dpt tmpt je..tu yg pakai agen tu.."

alasan2 mcmni sbnrnye x cukup utk membolehkan kita menggunakan khdmat agen untuk ambil medic kat mesir..

mengapa? kerana ada cara yg lebih terjamin daripada menggunakan khidmat agen.. bukan tidak ada selama ini pelajar persendirian yang datang ke sini menggunakan duit mereka sendiri yg banyak tu.. tetapi mereka melalui saluran yg betul.. melalui KPT, tidak perlu melalui khidmat agen..

kalau niat anda benar2 ikhlas untuk membantu sesama muslim, anda patut fikirkan risiko penarikan balik pengiktirafan samada oleh KPT atau MMC yg terpaksa dihadapi oleh pelajar2 yg datang dgn saluran yg betul, iaitu melalui KPT spt kami ini.. andaikata pengiktirafan ditarik sepertimana yg berlaku ke atas Ukraine satu ketika dulu, bukankah saudara seislam kita sendiri yg susah??

mmg benar medic mesir ni bukan milik pelajar tajaan semata2..tp ada cara yg betul..jangaaaan la sampai kena tarik pengiktirafan.. itu yg kami senior2 risaukan.. jgn sangka buruk pada kami..

maaf salah silap =(

hafiz said...

Salam
sy seperti terpanggil apabila cmmnt saudara boomboy ada melibatkn pelajar JPA.sy x kesah kalo saudara nk libatkan kami atau nk kutuk kami,tp sy tidak bersetuju dgn beberapa kenyataan saudara yg tidak benar dan tiada bukti.sy bukan nak gaduh atau pun nk bertekak,xde pekdah pun kita nk gadoh sesame islam,sy ingin membetulkn sedikit fakta saudara….


“ramai pelajar yg wat medic kat mesir tajaan mara atau jpa tak dpt biasiswa pada tahun kedua”
-saya adalah stdnt JPA di Mesir,dan dalam sejarah penajaan pelajar perubatan JPA di Mesir sejak 1970-an tidak pernah berlaku penarikan semula biasiswa JPA atau MARA.

“kenape perkara ini boleh terjadi? ianya kerana jpa lebih utamakan pelajar SBP dan sekolah kerajaan”
-saudara ada bukti JPA lebih mengutamakan pelajar SBP dan sekolah kerajaan?Mungkin kerana saudara belajar di Mansoura dan pelajar JPA di sana amat sedikit,maka saudara tidak kenal sangat mengenai stdnt JPA.saya ada senarai nama2 pelajar JPA dan jika diteliti lebih 98% dari pelajar JPA datang dari sekolah AGAMA.jika saudara mahukan nama pelajar JPA yang bukan sekolah agama saya boleh senaraikan kerana mereka amatlah sedikit dan boleh dikira.contoh saudara ahmad zuhdi suradin(alhmdlh dh grad pun)ex-MRSM PC ,saudara izwan kamal(tahun 5 uni cairo)ex-SDAR,saudari hani(tahun 3 uni mansoura)ex-MOZAC.

“walaupun mereka dpt spm tak tinggi sangat n temuduga pun tergagap2 dpt boleh dapat tajaan tapi pelajar sekolah agama yg dpt result tinggi n temuduga petah bercakap masih tak dapat tajaan”
-pasal temuduga saya x taw pasal org lain, tp kalau saya,saya x nafikan saya ada juga tergagap2.TETAPI pasal result sy x stuju dgn boomboy,saudara ada dokumen result kami?Ok meh sini saya cerita,(bukanlah untuk riak,sy tahu riak itu haram dan besar dosanya,sy ingin membetulkn fakta saudara) untuk batch saya,iaitu 3rd year sekarang ni, dalam stdnt JPA yg dtg mesir seramai 40org ,rsult SPM plg TERUK adalah 11A.ok kalau result junior JPA,at least 11A dan ada sesetengah antara mereka yang mendapat 15A.jika saudara ingin nama mereka saudara boleh hubungi saya.untuk pengatahuan saudara,banyak pelajar tajaan JPA dari sekolah agama di mesir.sebagai contoh terdekat,pelajar JPA di mansoura sendiri pun sudah ramai ex-maahad muhammadi,maktab mahmud dan pelbagai sekolah harian biasa serta sekolah swasta yang lain.

“akibatnya ramai pelajar tajaan JPA n MARA dapat result yg mengecewakan”
-boleh sy minta saudara boomboy sertakan bukti utk kenyataan saudara di atas?setahu sy junior JPA 2nd year di uni cairo telah mencapai result yg memuaskn pada tahun lepas,utk pengetahuan saudara seramai 48org drpd 100 lebih pelajar JPA di sini mendapat IMTIYAZ.lebih kurang 50% daripada jumlah pelajar tajaan JPA di sini mendapat IMTIYAZ.sy xtahulah mgkn bg saudara, IMTIYAZ ini masih mengecewakan.

“mereka perlu sedar belajar kat u tak macam kat sekolah MRSM dan SBP”
-sy sokong kenyataan saudara ini 100%.mmg berlainan antara belajar di uni dan di SBP n MRSM.

“kat MRSM n SBP cikgu mereka ajar camner nak jawab soalan SPM n kadang2 siap bagi soalan SPM”
-sy pernah bersekolah di SMAPK iaitu sebuah skolah agama dan SBP selama 5thun.sy tidak rasa cikgu sy mengajar hanya untuk SPM dan kadang2 bagi soklan SPM.sy kurang setuju dengan kenyataan saudara.

“itulah punca ramai pelajar tajaan MARA n JPA tak dapat biasiswa krn reslt rendah.sebaliknya pelajar yg pergi melalui agen semangat nak belajar n mereka dah biasa belajar sendiri tanpa disuap oleh guru.akhirnya ramai pelajar bwh agen dpt biasiswa pd tahun 2”
-sy tidak bersetuju.sekali lagi sy minta saudara sertakan bukti untuk kenyataan ini.

“jadi aku memang sokong la n berterima kasih kpd agen n duta sbb banyak bantu pelajar melayu ISLAM .”
-mmg agen dan duta byk bantu pelajar melayu islam tp biarlah pada jalan yang betul. ingat “NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA”

Maaf jika terkasar bahasa,tersilap kata…semoga kita sentiasa berada dlm keredhaan-Nya.
Gdluck 4 final exam…shiddi hilku!!!bittaufiq wa najah!!!

action speaks louder? said...

hina sangat ke kalau x dapat straight A's?
so die akan jadi mcm ni la...
8A,2B= MUKE NI NK BERANGAN JADI DOKTO?
7A,3B=AIK, PERASAN LAK NAK JADI DOKTO?
6A,4B= BODOH, X LAYAK, MENYUSAHKAN
5A,5B= XDERK HARAPAN NK BERJAYA, BALEK M'SIA AR
4A,4B= OIT, TANAM SAWAH JE LA...

jadinyer, jurusan medic ni khas utk yg straight A je la? ooo, kirenyer layak la utk bersuara lantang mengatakan yg lain ape kes, sape suruh x blaja btol2 mase spm...

saudara, what's ur major problem? bukan ke nak fokus kat nak bagitau org mlayu supaye x tertipu? so, whats da point perli2 org lain? konon sebok kate byk duit...

what i want to say is, stiap org ader impian. maybe, mmg die nak jadi dokto dr dulu, rezeki je x der. bukn la sng2 ckp makbpk nk sgt jdikn anak doktor...

mungkin jalan die utk capai impian tu lain, susah, byk cara... if btol tujuan awk baik, buktikan la...ckp cerca2 org....

n 1 more thing,
x semestinya anda private n x dpt straight A , anda x bole berjaya.... di Jordan, ramai yg berjaya je... hidop baek jer x dpt straight A...ader jer 4B dlm sijil SPM...

if u r an educated person, awk x akn tulis something like this. but still, if mmg niat awk nk bongar psl penipuan ajen, saye sokong...

but if tujuan awk sbnrnyer marah dgn kebanjiran budak private, truly, there must have something wrong with you.

bersyukurlah awk dpt peluang mcm2, kepandaian, tajaan, kebanggaan makayah, x menyusahkan diorg..... kan best kalau x pyh fikir sgt psl duit? gunakanlah tangan awk utk kebaikan....hidup amat singkat...

diakhirat Allah akan bertanya pasal amalan.... X kan nak present kat Allah mende2 mcm ni? kalau nk tlg, buat cara nk nolong....Malu la.... da pandai, otak bergelige lupa plak nak gune btol2...

bloggerbanjingan said...
This comment has been removed by the author.
hafiz said...

Kepada saudara action speaks louder?...
Jika cmmnt saudara ini merujuk kepada saya,sy ingin meminta maaf sangat2 kepada saudara.sy cuma membetulkan fakta saudara boomboy sahaja dan tidak pernah menghina mencaci org yang xdpt str8t A.sila baca kembali cmmnt saya di atas.

Bagaimana jika kita berbincang secara baik dan sy tidak ingin sama sekali bertekak atau bergaduh dgn saudara.sy mmg dedahkan nama benar sy,so kalo saudara dtg cairo bleh dtg jupe sy or klo sy dtg mansoura mgkn sy bleh jupe saudara jika saudara mahu..

Sy mengakui sy tidak se’educated’ seperti saudara,sy mnta maaf,tp apa y sy cuba buat pd cmmnt sblm ini hanyalah membetulkn fakta saudara boomboy,itu je.xde niat lgsg nk kutuk mana2 pihak.

Kpd saudara action speaks louder? sekali lagi,sy mmnta maaf jika sy mgguris hati saudara,harap kita dpt berbncg dgn tenang suatu hari nanti.sy hafiz bohari 3rd year ain shams.

action speaks louder? said...

i'm sorry, it doesn't have to do with ur comment. (hafiz)

angel said...

Assalamualaikum... Buat pengetahuan pembaca sekalian... Article ini saya ambil di www.globalmedicnetwork.blogspot.com

So Siapa yang berkesempatan, Silalah kita lawati blog ni... mungkin kita akan dapat second opinion... Saya tak menyebelahi maner2 pihak...

Fitnah Terhadap Duta

Saya terpanggil untuk menumpang menulis dalam blog ini kerana melihat berlakunya budaya fitnah menfitnah dikalangan pelajar Islam yang menuntut di Egypt. Ramai yang tidak tahu betapa besarnya peranan Duta Egypt untuk mendapatkan 700 tempat untuk pelajar-pelajar Islam yang menuntut dalam bidang Pengajian Perubatan/Pergigian di Egypt. Pada tahun 2005, hanya sekitar 52 pelajar sahaja yang diterima setahun untuk belajar di universiti-universiti di Egypt namun berkat kebijaksanaan dan kesedaran terhadap bangsa dan umat Islam, Kedutaan Malaysia berusaha memujuk universiti-universiti yang diiktiraf untuk menambah kuota kemasukan kepada pelajar Malaysia. Duta Malaysia terpaksa berjumpa berkali-kali untuk misi memujuk ini bagi setiap universiti dan bayangkan kesusahan yang beliau lalui untuk bertemu dengan 7 buah universiti. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan 700 tempat. Setelah mendapat tempat, beliau perlu memenuhi janjinya kepada universiti untuk menghantar seramai mungkin pelajar Islam kerana perlu ditegaskan bahawa universiti telah membuat persediaan bagi menyambut hasrat membantu Malaysia melahirkan profesional Islam dalam bidang perubatan. Untuk menerima lebih ramai pelajar Malaysia, universiti-universiti ini telah melabur sekian banyak peruntukan kewangan bagi menyediakan makmal, tenaga pengajar dan segala macam kemudahan. Cuba bayangkan jika janji Duta terhadap universiti ini tidak dapat ditunaikan.

Adalah mudah untuk kita menuduh Duta kita dengan pelbagai fitnah tetapi ramai yang tidak sedar betapa besarnya dosa yang dilakukan oleh mereka yang membuat fitnah ini di bumi anbia. Saya tidak dapat bayangkan dosa-dosa ini kerana membuat fitnah terhadap manusia yang begitu murni sifatnya samalah ibarat menfitnah ayah sendiri kerana peranan Duta lah yang membolehkan sebegitu ramai pelajar Islam mampu mengejar cita-cita menjadi seorang doktor. Saya percaya ramai di kalangan anda yang akan menjadi doktor pakar dalam 10 - 20 tahun akan datang. Semuanya bermula dengan insan yang difitnah ini tetapi kita bernasib baik kerana beliau cekal mengorak langkah untuk memajukan anak bangsanya. Beliau tidak pernah meminta walau satu sen pun dari mana-mana agensi tetapi fitnah yang beliau terima maha hebat. Hinanya manusia yang menfitnah beliau sesama Islam lebih-lebih lagi terhadap insan yang begitu berjasa tidak dapat saya gambarkan.

Perlu ditegaskan bahawa JPA, MARA dan agensi kerajaan negeri hanya berupaya menghantar sekitar 300 pelajar. Ini bermakna 400 tempat lagi perlu diisi dengan pelajar swasta. Kita harus bersyukur kerana berkat usaha perundingan dengan Universiti Mansoura, kadar yuran yang ditetapkan dapat diminimakan. Kadar yuran ini membuka peluang kepada anak-anak yang relatif kurang cemerlang tetapi memenuhi syarat kelulusan minima yang ditetapkan oleh Kabinet Malaysia seperti pekeliling tahun 2002. Tidak ramai yang mengetahui bahawa sekian banyak doktor perubatan bukan Islam yang dilatih di Indonesia, Ukraine, Russia dan India mempunyai kelayakan minima yang lebih buruk lagi. Data-data 10 tahun kebelakang boleh menjelaskan hal ini. Bayangkan rakyat Malaysia keturunan India yang hanya sekitar 7% menghantar bilangan pelajar perubatan lebih ramai ke India, Russia, Ukraine dan Indonesia berbanding dengan orang Islam Malaysia. Tidakkah usaha Duta sangat signifikan untuk meningkatkan doktor Islam yang kelak akan merawat anak bangsa sendiri?

Kepada semua anak bangsa yang mendapat manfaat dari insan yang begitu teruk difitnah ini, saya memohon supaya dilakukan solat hajat untuk memberi kesedaran kepada golongan yang menyebarkan fitnah supaya mereka insaf dan bersama-sama membantu Kedutaan Malaysia untuk memajukan anak bangsa. Saya telah meminta GMN mengaturkan Majlis Solat Hajat ini dalam lawatan mereka akan datang dan sama-samalah kita berdoa supaya Allah S.W.T menunjukkan jalan yang benar terhadap mereka yang menabur fitnah.

Untuk makluman semua, saya mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Duta kerana saya pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Hal-ehwal Pelajar KPT yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Penuntut Malaysia di Cairo. Saya merasa malu dan kesal apabila cerita bohong dan fitnah mula menjadi budaya pelajar Islam di Egypt. Sekiranya ada dikalangan agensi yang kurang berkesan, tegurlah agensi tersebut secara berhemah. Saya percaya mana-mana syarikat yang ingin berjaya akan mengambil berat terhadap teguran anda. Janganlah kerana sedikit kecelaruan teknikal, maka Duta difitnah sebegitu rupa dan usaha yang dirintis oleh beliau dimusnahkan.

Wassallam.

namia91 said...

Salam...

Bang.. tau tak??

1sy year kene bayar 2000usd...

Itu mmg btol.. sebab prof nih da berunding ngan uni terbabit...

kalo bese nyer satu tahun 6000usd.. tapi after berunding die kasi 1st year 2000usd n 5tahun lagik 8000usd..

ini utk memudahkan plajar2 yg bayar sendiri utk 1st year..

Sbb 2nd year kan da bole dapat scholar kalo result bagoz.. takpon dapat pinjaman...

Abg try r jumpe dulu ngan prof nih.. Abg tak elok tau maen pitnah2... tak bez... Fitnah itu lbey besar dari membunuh...

Abg... Abg blogger nih dulu dari YIK kan?? abg dari YIK tak kene bayar ape2 ker?? Rase nyer kene gak kan?? berpuluh ribu jugak...

Bukan saya nak sangat blaja kat oversea... Tapi... hasrat ummi saya.. tanggungjawab saya utk saya balas jasa ummi.. die da rela menanggung perbelanjaan nih..

Dulu nak gi ngan GMN.. tapi ummi kensel.. sbb mahal sangat.. ummi kate.. nak suro saya gi sane blaja agama.. Lepas ummi jumpe Prof Razali.. die cam.. ok set.. sbb prof nih.. nampak laa die nyer kejujuran tuh.. n insya-Allah bole dipercayai.. Insya-Allah.. Akan anak mu tunaikan hasrat murni mu ummi...

Bapakku sakit... tak keje.. tinggal ummi ku yg nak tanggung seisi rumah seramai 10org nih.. dgn gaji rm4000 lbey sket... n sume anaknyer masih blaja...

Allahu Khairul makirin... Allah sebaek2 perancang... Kalo Allah tak takdirkan kami ke sana.. pasti ada yg akan menghalang...

Yg pasti.. niat saya ke sane utk blaja.. mintak tunjuk ajar abg2 sume ek...

Moga sume kite diberkati Allah...

zulikhwan said...

assalamualaikum....
saya merupakan pelajar SPM 2008 dan berhasrat untuk menyambut pelajaran dalam medicine di mesir.. masalahnya, sewaktu saya mengambil spm biology, saya telah mengidap migrain sehingga saya berasa takut untuk mengambil keputusan spm 2008 pada 12 march ini..... saya berasa takut dengan gred biology saya dan oleh itu saya berhasrat untuk menyambung medicine atas biayaan sendiri kerana saya yakin biology saya insyaallah akan memiliki gred yang lebih baik jika saya tiada migrain sewaktu itu.. hal ini berdasarkan result trial spm dan ujian bulan di sekolah. saya juga tahu jika saya apply menerusi kpt, permohonan ini mungkin akan ditolak.. oleh itu, saya ingin apply menerusi agensi ini kerana sekurang-kurangnya agensi ini menyediakan peluang kedua kepada saya... tetapi setelah mendengar pelbagai blog, saya berasa amat takut.. bantulah saya... ini email sya mohdzulikhwan@gmail.com.... harap mendapat responds as soon as possible...

NieDa_WarDah said...

salam..

sy curious la..
ape beza antra dtg mlalui kpt ngan mlalui ejen?..
sbb contohny, ejen medicmesir(MM) da ja antar borang KPT..
ni dh jdi konfius tramat sgt..
pa2 pon sy nk brtrima kasih kat kak mujahidah..
wlaupon da insan2 yg mngkin niatny baik spy dak2 ejen x trtipu, tp kak mujahidah ttp bg sokongan kpd dak2 ejen..
sbb hanya student2 yg dtg dr ejen ja yg taw sgala pahit manis yg dh dilalui..
salam ramadhan..